Hotel 40 Tahun Antara Antara Yang ‘Tumpas’ Sewaktu Pandemik COVID-19

Hotel 40 Tahun Antara Antara Yang ‘Tumpas’ Sepanjang Pandemik COVID-19 Melanda

Zaman sekarang, ramai berlumba-lumba mencipta resepi unik dan kreatif. Kalau menu yang diciptakan itu menjadi, akan menjadi tular dan menjadi pesaing dengan peniaga lain yang turut mencuba membuat dan menjual resepi tular tersebut.

Lebih-lebih lagi jika resepi olahan itu dicampur dengan keju, tidak semua resepi makanan tempatan yang dicampur dengan keju boleh diterima tekak. Namun ada juga hidangan yang sesuai bersama keju dan laku dijual.

Secara umumnya, keju dilihat sebagi simbol kemewahan dan juga kemunduran di negara barat tetapi berbeza pula konsepnya di Malaysia. Keju di Malaysia sebagai simbol kesukaan untuk menarik perhatian orang ramai.

Mesti segelintir rakyat Malaysia akan bercakap, “Jangan hina makanan Malaysia” sebagai menambah satu lagi bahan dalam makanan tempatan iaitu keju. Tetapi, tidaklah terlalu ‘teruk’ sehingga makanan itu tidak boleh dimakan langsung bukan?

Berikut merupakan 5 makanan Malaysia yang menarik perhatian orang ramai untuk mencubanya.

1. Pisang Goreng

makanan tempatan ada keju
Sumber: Mohd Zarin

Anda sebut ‘pisang goreng’ atau ‘goreng pisang’? Tidak kisahlah yang mana satu anda sebut, pisang goreng merupakan salah satu makanan klasik paling popular bagi rakyat Malaysia. Kerangupannya di luar dan isinya yang lembut dan manis di dalam sememangnya sudah menjadi cicipan untuk rakyat Malaysia.

Makan pisang goreng begitu sahaja pun sudah cukup membangkitkan selera. Ada juga yang makan pisang goreng bersama sos pencicah, sambal kicap, gula atau susu. Namun, tidak terfikir pula pisang goreng juga sedap dimakan bersama hirisan keju sehingga menjadi ikutan peniaga pisang goreng mengadakan menu baharu bersama keju.

2. Keropok lekor

makanan tempatan ada keju
Sumber: Burpple

Perasan tidak jika menjual pisang goreng, tidak sah jika tiada keropok lekor dijual bersama. Makanan ringan yang diperbuat daripada ikan dan tepung ini akan membangkitkan selera apabila dicicah bersama sos cilinya.

Tidak salah jika keropok lekor dimakan bersama sos keju kerana kombinasi tersebut amat sesuai dan sedap dimakan. Keropok lekor yang disalut dengan sos keju meningkatkan lagi rasa ikan tanpa membuatkanya rasa mual.

3. Sate

makanan tempatan ada keju
Sumber: Says

Kombinasi keju dan daging tidak boleh disangkal lagi kerana kita sudah biasa makan burger bersama keju (cheeseburger). Namun, bagaimana jika daging yang diperap contohnya seperti sate dimakan bersama keju?

Sebenarnya, gabungan tersebut membuatkan rasanya lebih menarik! Tetapi perlu bijak cara memakannya. Jangan pula anda campurkan sos keju dengan kuah kacang untuk dimakan bersama sate. Ia mungkin boleh menghilangkan selera anda.

4. Martabak

makanan tempatan ada keju
Sumber: Mohd Zarin

Martabak boleh dikatakan seperti adik-beradik roti canai dan roti naan. Martabak akan menjadi popular apabila tiba bulan Ramadan yang mana semua bazar Ramadan pasti akan menjual martabak sebagai antara makanan popular untuk berbuka puasa.

Namun kurang dilihat ia dijual di gerai makan seperti roti canai dan roti naan. Mungkin kerana isinya yang penuh dengan daging atau rasa lebih telur yang membuatkannya hanya waktu tertentu atau di pasar sahaja martabak dijual.

Meskipun begitu, kombinasi martabak bersama keju membawanya ke satu peringkat lain. Martabak keju juga lazat dimakan tidak kira masa sama seperti adik-beradiknya yang lain.

5. Apam Balik

makanan tempatan ada keju
Sumber: Youtube

Apam balik versi Malaysia berbeza dengan apam balik versi Indonesia. Apam balik Malaysia isinya mengandungi taburan kacang tanah, krimer jagung bersama taburan gula dan terdapat dua versi apam balik iaitu tebal dan nipis.

Resepi yang mudah ini juga diolah dengan memcapurkannya bersama hirisan keju. Mungkin bagi peminat keju akan menyukainya tetapi jika anda seorang yang tidak suka akan perubahan, versi asli ini adalah yang terbaik untuk anda.

Jadi, apa pendapat anda tentang 5 makanan yang disenaraikan ini? Ya, tidak semua makanan tempatan patut dicampur dengan keju. Walaupun kini banyak resepi makanan yang dicampur keju, tetapi rasa keaslian makanan tradisi masyarakat Malaysia masih tidak boleh dilawan.

Campurlah sebanyak mana makanan bersama keju, lama kelamaan yang asli juga kita akan cari. Betul tak?

Sumber: Butter Kicap