Rakyat Malaysia Dilarang ke Singapura 1

Majikan Singapura Sudah Mula Buang Pekerja Dari Malaysia

Susulan wabak pandemik yang sedang melanda dunia, ramai yang berdepan dengan kehilangan pekerjaan dan mengganggur, termasuklah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Media Harian Metro melaporkan, akibat kebanyakan daripada mereka tejejas dengan pandemik COVID-19, majikan Singapura kini sudah mula membuang pekerja Malaysia dan menggantikannya dengan rakyat tempatan.

Salah seorang mereka yang terjejas mendedahkan, pembuangan yang sudah bermula sejak bulan lalu menyebabkan ramai daripada mereka ‘tersadai’ di republik berkenaan bagi mendapatkan kerja baharu.

Pasaran kerja di Singapura yang turut terjejas teruk telah menyebabkan 174,834 daripada jumlah anggaran 400,000 rakyat Malaysia yang bekerja di sana kembali ke tanah air sehingga minggu lalu. Malah ada antara majikan Singapura yang mengambil bekas pramugari dan pramugara tempatan bagi menggantikan kekosongan yang ada.

Skim Perlindungan Rakyat Malaysia Di Singapura
Sumber: Harian Metro

Daripada jumlah 400,000 tersebut, 250,000 daripada berulang-alik setiap hari menerusi Tambak Johor selain laluan kedua di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Tanjung Kupang, Gelang Patah.

Awal Jun lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Sri Ismail Sabri bin Yaakob mengumumkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura kini dibenarkan untuk berulang alik dari Malaysia ke Singapura.

Namun tarikh masih lagi tidak diketahui susulan rundingan antara Ketua Setiausaha Malaysia dengan Kementerian Setiausaha Singapura mengenai syarat-syarat yang akan diberikan masih lagi berlangsung.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu telah menyebabkan pintu sempadan negara ditutup dan mengakibatkan ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terpaksa menetap di Singapura atau pun mengambil cuti tanpa gaji.

Sumber: Harian Metro