Berita 1,000 Tempahan Hotel Dalam Tempoh Masa 45 Minit Di Langkawi Adalah Palsu

Berita 1,000 Tempahan Hotel Dalam Tempoh Masa 45 Minit Di Langkawi Adalah Palsu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ahad lalu, beberapa media telah melaporkan berita dalam tempoh masa 45 minit selepas kebenaran rentas negeri diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Langkawi telah menerima sebanyak 1,000 tempahan hotel.

Dikatakan sebagai sesuatu yang tidak masuk akal, Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang dan ICT Persatuan Hotal Budget Malaysia (MyBhA), Noorazly Rosly akhirnya memaklumkan berita berkenaan adalah sesuatu yang tidak benar.

Berita 1,000 Tempahan Hotel Dalam Tempoh Masa 45 Minit Di Langkawi Adalah Palsu 1
Sumber: MAH
Berita 1,000 Tempahan Hotel Dalam Tempoh Masa 45 Minit Di Langkawi Adalah Palsu 2
Sumber: MAH

Meskipun sememangnya ramai rakyat Malaysia sedang menunggu untuk bercuti setelah sekian lama berada di rumah, penjelasan perlu dilakukan bagi mengelakkan salah faham berlaku.

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) menafikan kenyataan berita yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pelancongan Langkawi, Zainuddin Kadir mengenai kemungkinan berlakunya tempahan sebanyak itu.

Berita Minta Pekerja Ambil Cuti Tanpa Gaji, Hotel Besar 5 Bintang Umum Henti Operasi Hingga Akhir Tahun 1
Gambar sekadar hiasan. Sumber: FMT

Kenyataan Zainuddin dikhuatiri telah menimbulkan kesangsian mengenai situasi industri perhotelan negara yang sedang berdepan dengan masalah pendapatan sehingga banyak yang terpaksa menutup operasi.

BACA: Lebih 30 Ribu Kakitangan Industri Perhotelan Hilang Pekerjaan, 10 Ribu Lagi Dipaksa Cuti

Untuk kenyataan lanjut mengenai isu berkaitan, MAH menyeru orang ramai agar menghubungi pihak mereka di [email protected] atau talian 012-2800300.

Sebelum ini, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata kakitangan industri perhotelan terpaksa berdepan risiko dipotong gaji, bercuti tanpa gaji, dipaksa menggunakan cuti tahunan dan paling teruk dibuang kerja; lebih 30 ribu kakitangan hilang pekerjaan, 10 ribu dicutikan tanpa gaji dan enam ribu dipotong gaji.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung Malaysia, Rusli Affandi berkata agak sukar industri perhotelan untuk bangkit semula dalam masa terdekat kerana Malaysia masih mengamalkan sekatan kawalan sempadan membabitkan tetamu antarabangsa.

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan anggaran yang didedahkan MTUC kerana anggaran sebenarnya hanyalah satu pertiga daripada jumlah tersebut. Menyifatkan pendedahan tersebut sebagai sesuatu yang boleh mencetuskan rasa panik, Rusli memberitahu yang beliau tahu hanya tujuh buah hotel sahaja yang ditutup disebabkan pandemik ini.

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.