
Rakyat Malaysia Yang Bekerja Di Singapura Kini Dibenarkan Berulang Alik
Dalam sidang media Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Sri Ismail Sabri bin Yaakob mengumumkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura kini dibenarkan untuk berulang alik dari Malaysia ke Singapura.
BACA: Rakyat Malaysia Dilarang Ulang Alik Ke Singapura Mulai Esok
Meskipun mesyuarat khas sudah bersetuju membenarkan rakyat Malaysia untuk berulang alik susulan daripada banyak industri di Singapura sudah memulakan operasi, dalam sidang media tersebut beliau tidak menyatakan bilakah tarikh ianya akan berlaku.
Ini kerana kebenaran perjalanan tersebut masih berada dalam rundingan antara Ketua Setiausaha Malaysia dengan Kementerian Setiausaha Singapura mengenai syarat-syarat yang akan diberikan.
KSU Wisma Putra bincang mengenai situasi rakyat Malaysia bekerja di Singapura – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri @IsmailSabri60#NormalBaharu #DisiplinMalaysia mampu #HapusCOVID19 pic.twitter.com/RyHMHv744V
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) June 8, 2020
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu telah menyebabkan pintu sempadan negara ditutup dan mengakibatkan ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terpaksa menetap di Singapura atau pun mengambil cuti tanpa gaji.
BACA: Segelintir Pekerja Malaysia Tiada Tempat Berteduh, Tidur Di Stesen MRT Singapura
Enam Enam perkara yang ditekankan dalam Perintah Kawalan Kerajaan (PKP) adalah larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara, sekatan menyeluruh semua perjalanan, sekatan kemasukan semua pelancong, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) dan penutupan semua premis kerajaan dan swasta.

BACA: Kerajaan Cadang Perkenal Skim Perlindungan Pekerja Malaysia Di Singapura
Setakat ini, kerajaan Malaysia telah melaksanakan PKP yang sebanyak enam fasa iaitu:
Fasa 1: 18 – 31 Mac 2020
Fasa 2: 1 – 14 April 2020
Fasa 3: 15 – 28 April 2020
Fasa 4: 29 April – 12 Mei 2020
Fasa 5 (PKP Bersyarat – PKPB): 13 Mei – 9 Jun 2020
Fasa 6 (PKP Pemulihan – PKPP): 10 Jun – 31 Ogos 2020
Akhir Mei lalu, kerajaan Singapura telah melakukan perbincangan dengan Malaysia berhubung isu pekerja yang ingin berulang alik setiap hari melalui jalan darat.
Menteri Pembangunan Singapura, Lawrence Wong ketika itu memberitahu pihak mereka sedang meneliti pelaksanaan protokol yang diperlukan bagi melaksanakan kebenaran tersebut.
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Trending now



