JobStreet Dedah Senarai 5 Industri Yang Tetap Cari Pekerja Meskipun COVID-19

JobStreet Dedah Senarai 5 Industri Yang Tetap Cari Pekerja Meskipun COVID-19

Susulan daripada wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia, ramai daripada penduduk kehilangan pekerjaan dan Malaysia tidak terkecuali daripadanya. Meskipun begitu, menurut platform mencari pekerjaan, Jobstreet terdapat lima industri yang tetap mencari pekerja biarpun wabak ini melanda.

BACA: Graduan UTM Paling Laris Dalam Pasaran Kerja, Jadi Pilihan Utama Majikan

Menurut satu kaji selidik yang dijalankan pada Mei lalu dengan pembabitan lebih 5,000 ahli Jobstreet di Malaysia, lima industri yang masih mempunyai kekosongan adalah yang berkaitan dengan teknologi maklumat (IT), perkilangan, perbankan, runcit dan penjagaan kesihatan.

Yang paling banyak menawarkan peluang dalam bidang teknologi maklumat adalah kepada mereka yang berupaya membangunkan aplikasi Android, jurutera IT dan pentadbir sistem.

Manakala di sektor perkilangan, jawatan seperti pakar pembuatan, perancang pengeluaran, pegawai kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) serta pengurus kilang banyak ditawarkan.

Dalam sektor perbankan, jawatan yang banyak ditawarkan adalah perunding unit amanah, pegawai urus niaga saham, penasihat perancang kewangan dan pengurus cawangan.

Sekurangnya 100,000 Pekerja Malaysia Hilang Pekerjaan Koronavirus

Jawatan dalam sektor runcit pula adalah pengurus gudang dan penjagaan kesihatan adalah ahli farmasi, jururawat dan doktor gigi.

Menurut Pengurus Negara JobStreet Malaysia, Gan Bock Herm, penularan COVID-19 telah menjejaskan pasaran tenaga kerja di negara ini yang mana ianya tidak pernah terjadi pada sebelum ini.

Dalam kaji selidik berkenaan, satu daripada lima orang yang bekerja sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) didapati hilang pekerjaan dan sebahagian besar daripadanya berada dalam kategori berpendapatan rendah dan bekerja secara sambilan di organisasi kecil.

Tidak kira majikan mahupun pekerja, kebanyakan yang terjejas adalah daripada industri berkaitan pelancongam hospitaliti, pengangkutan besar-besaran, pendidikan dan runcit.

Pandemik COVID-19 juga menyaksikan peralihan syarikat kepada pendigitalan dan pelbagai kaedah baharu dalam menjalankan perniagaan dengan meninjau kepada bakatt baharu yang sebelum ini tidak pernah dipertimbangkan.

Komited dengan matlamat mahu membantu dalam meningkatkan kehidupan rakyat negara dalam menerusi kerjaya yang lebih baik dengan pelaksanaan inisiatif #TogetherAhead, JobStreet turut menjalankan inisiatif unik seperti COVID-19 Jobs, Resources Hub dan #WorkNow yang menghubungkan majikan dan pencari kerja dengan maklumat berguna bagi memenuhi keperluan pekerjaan.

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.

Sumber: Malay Mail