Kelantan Kes Baharu Rentas Sempadan

Bosan Dan Rindu Kekasih Antara Alasan Popular Individu Langgar PKP, PKPB Di Kedah Sejak Mac

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bosan dan rindu kekasih antara alasan individu langgar perintah PKP dan PKPB.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat dilaksanakan bermula Mac lalu, seramai 2,148 individu telah ditahan kerana didapati melanggar perintah tersebut.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad, daripada jumlah berkenaan, yang paling ramai adalah di daerah Kota Setar (527), diikuti Kuala Muda (538), Langkawi (351) dan Kubang Pasu (238).

Daripada jumlah tersebut, seramai 1,681 dituduh di mahkamah dan 1,334 daripadanya telah dijatuhi hukuman dan bakinya mohon dibicarakan.

Untuk kes yang telah dikeluarkan kompaun pula, seramai 525 telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap orang kerana melanggar PKP mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Bosan, Rindu Kekasih Antara Alasan Popular Individu Langgar PKP, PKPB Di Kedah Sejak Mac
Sumber: Astro Awani

Kesemua individu yang ditahan berusia antara 16 tahun hingga 60 tahun. Antara alasan yang popular diberikan adalah bosan, rindu kekasih, mahu tangkap ikan, main gitar dan berjumpa dengan rakan.

Malah ada juga yang ditahan ketika bersukan, bermain bola keranjang, futsal, zumba dan snooker meskipun kesemua aktiviti berkenaan tidak dibenarkan sepanjang PKP dan PKPB.

Sapii bagaimanapun memberitahu kesemua alasan yang diberikan tidak diterima melainkan dengan kehadiran surat kebenaran.

Antara peraturan baharu yang termaktub dalam PKPB yang berlangsung hingga 9 Jun ini ialah:

1) Membolehkan empat individu serumah dan sekeluarga dalam satu kenderaan untuk keluar bagi tujuan keperluan penting.

2) Perkhidmatan teksi dan e-hailing, tidak dibenarkan membawa lebih daripada dua penumpang bagi setiap perjalanan.

3) Pengangkutan awam – mana-mana operator darat, laut atau udara tidak boleh membawa lebih daripada separuh jumlah kapasiti maksimum penumpang yang dibenarkan.

4) Tidak ada lagi radius 10 kilometer dalam peraturan PKPB, tetapi rentas negeri masih dalam senarai yang dilarang.

Permohonan untuk bergerak merentas negeri bagi tujuan mereka yang terkandas di kampung boleh dilakukan dari 4 hingga 6 April, di aplikasi Gerak Malaysia. Manakala pergerakan tersebut dijadualkan dari 7 hingga 10 Mei 2020.

5) Tiada lagi larangan perjalanan selepas pukul 10 malam atau pergerakan rentas daerah di bawah perintah kawalan PKPB.

6) Perhimpunan melibatkan upacara pengembumian boleh dibenarkan dengan syarat maksimum 20 orang sahaja.

Sumber: Astro Awani