Dakwaan Rasuah AirAsia Tony Kamarudin Lepas Jawatan

Giliran AirAsia Buang Kakitangan Untuk Kecilkan Operasi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Wabak pandemik yang melanda dunia kini menyebabkan banyak syarikat yang tidak mampu bertahan kerana ketiadaan pendapatan terpaksa mengecilkan operasi dengan menamatkan kontrak pekerja. Kini tiba giliran AirAsia selepas industri pelancongan masih lagi tidak dapat dibuka.

BACA: AirAsia Beri Dua Pilihan: Lanjut Tempoh Sah Akaun Kredit Sehingga Dua Tahun Atau Tukar Penerbangan Tanpa Had

Mempunyai sekitar 25,000 kakitangan seluruh dunia dengan 10,000 daripadanya adalah pekerja Malaysia, AirAsia terpaksa mengecilkan jumlah tenaga kerja dalam usaha membendung kos.

Menurut media Astro Awani yang didapati daripada sumber dalam syarikat, satu sesi townhall telah diadakan pagi tadi bersama beberapa unit utama di bawah AirAsia Berhad bagi memaklumkan keputusan tersebut.

Dikatakan keputusan tersebut sudah dicapai beberapa bulan namun ditunda kerana langkah pengecilan operasi dengan membuang tenaga kerja adalah pilihan terakhir syarikat.

Giliran AirAsia Buang Pekerja Untuk Kecilkan Operasi
Sumber: AirAsia Newsroom

Menurut sumber itu lagi, kakitangan yang terlibat dalam operasi pengecilan yang melibatkan semua bahagian tidak dimaklumkan berapa jumlahnya semasa sesi townhall tersebut akan dimaklumkan secara peribadi oleh pengurus masing-masing pada petang ini.

Dalam perkembangan terbaru, seramai 11 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera dilaporkan telah dihentikan dan dijanjikan pampasan kepada semua yang terlibat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat memohon maaf kepada semua yang terlibat dan menegaskan syarikat tiada pilihan lain yang boleh diambil buat masa kini selain daripada melakukan penstrukturan semula organisasi.

Tidak dapat menjamin jangka masa untuk syarikat kembali normal, Riad memaklumkan situasi yang dihadapi AirAsia Berhad kini amatlah sukar dan semua langkah mengurangkan, memantau faktor dalam dan luaran adalah tidak mencukupi.

10 Mac lalu, AirAsia dilaporkan terpaksa melaksanakan langkah mengurangkan gaji kakitangan sebagai langkah menangani kesan COVID-19 yang menjejaskan pendapatan syarikat. Sebagai langkah permulaan, pemotongan akan berjalan selama tiga bulan melibatkan semua pengurusan kanannya.

Langkah sama turut diambil Malaysia Aviation Group (MAG) yang merupakan syarikat induk kepada Malaysia Airlines, Firefly, MASwings, MAB kargo, AeroDarat Services, MAB Academy,  Amal (perkhidmatan catar penerbangan umrah dan haji), MAB Engineering (perkhidmatan penyelenggaraan) dan pajakan pesawat.

BACA: Lebih 30 Ribu Kakitangan Industri Perhotelan Hilang Pekerjaan, 10 Ribu Lagi Dipaksa Cuti

Selain daripada industri penerbangan, industri perhotelan tidak terkecuali mengalami nasib yang sama. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata kakitangan industri perhotelan terpaksa berdepan risiko dipotong gaji, bercuti tanpa gaji, dipaksa menggunakan cuti tahunan dan paling teruk dibuang kerja dan jumlahnya adalah seramai 30,000 orang.

29 April lalu, AirAsia sudah mula menyambung penerbangan domestik laluan terpilih diikuti dengan beberapa negara lain di Asia Tenggara tertakluk kepada kelulusan kerajaan negara ia beroperasi dengan mematuhi garis panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan standard tertinggi dalam setiap penerbangan.

Sumber: Astro Awani