Bandar Paling Bahagia 2019

Ini 10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia Bagi Tahun 2019, Melaka Di Kedudukan Pertama

10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia

Tahukah anda, sambutan Hari Kebahagian Sedunia diraikan setiap tahun di seluruh dunia pada 20 Mac?

Sambutan ini bertujuan mengiktiraf hubung kait antara keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk sejagat.

Ia juga selaras dengan matlamat PBB untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan melalui aspirasi universal dalam kehidupan manusia di seluruh dunia.

Aspek kebahagiaan ini juga selaras dengan Doktrin Perancangan Sejagat yang diperkenalkan PLANMalaysia yang menjadi asas dan falsafah dalam pembangunan dan perancangan negara.

Tahun ini merupakan tahun keenam PLANMalaysia menganjurkan sambutan ini dan buat julung kalinya, pengiktirafan dan anugerah kepada 10 Pihak Berkuada Tempatan (PBT) Paling Bahagia di Malaysia turut diberikan.

Pra Pelancaran Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia telah diadakan pada 13 Februari 2020 di World Urban Forum ke-10 di Abu Dhabi, UAE.

Walau bagaimanapun, sambutan dan penyampaian anugerah secara fizikal tidak dapat dilaksanakan berikutan wabak COVID-19.

PLANMalaysia menyenaraikan 10 Bandar Paling Bahagia 2019 yang dipilih melalui Kajian Indeks Kebahagiaan membabitkan dua bandar yang terletak dalam kawasan pentadbiran PBT, menerusi Facebook rasmi mereka pada Isnin.

SENARAI 10 BANDAR PALING BAHAGIA DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2019:

1. Bandar Melaka
2. Kuala Terengganu
3. Seremban
4. Kulai
5. Taiping
6. Kuantan
7. Bentong
8. Jasin
9. Yan
10.Jeli

Bandar Paling Bahagia 2019

Difahamkan, penentuan bandar paling bahagia ini berdasarkan pelaksanaan Kajian Indeks Kebahagiaan bermula tahun 2013 sehingga 2019 dengan jumlah keseluruhan responden melebihi 60,000 orang di seluruh Malaysia.

Kajian berkenaan juga telah melihat kepada beberapa komponen utama iaitu:

  • Tahap kehidupan dan kesihatan
  • Kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara
  • Keseronokan bekerja
  • Pengurusan kewangan
  • Hubungan dengan jiran
  • Aktiviti bersama komuniti
  • Keselamatan kawasan kediaman
  • Kemudahan awam dan infrastruktur asas yang disediakan
  • Perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan
  • Kualiti alam sekitar

Adakah anda berada dalam 10 bandar yang disenaraikan di atas? Jika ada, tahniah!

Kalau tiada, mungkin patut ajukan kepada wakil pemimpin kawasan anda bagaimana untuk tersenarai dalam bandar paling bahagia selepas ini?

Sumber: PLAN Malaysia