Malaysia Dalam Fasa Pemulihan Terakhir, Banyak Kelonggaran Dijangka Menjelang Jun

Malaysia Dalam Fasa Pemulihan Terakhir COVID-19, Banyak Kelonggaran Dijangka Diumum Menjelang Jun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ketua Pengarah kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham dua hari lalu memberitahu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijangka akan dilonggarkan dalam masa terdekat sekiranya kes harian COVID-19 di Malaysia kekal pada dua angka bernilai rendah atau pun satu digit.

BACA: Jika Kes Kembali Meningkat, Rakyat Perlu Bersedia Kemungkinan PKP Dilaksana Semula

Keputusan pembukaan lebih banyak sektor sosial dan pendidikan yang dijangka akan dibuat pada minggu pertama Jun ini akan dibuat sekiranya rakyat dapat mengekalkan situasi kini sehinggalah 9 Jun (tarikh akhir PKPB).

Meminta masyarakat untuk berganding bahu dengan pihak berkuasa dalam memastikan wabak tidak menular, Dr Noor Hisham berharap agar orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi memutuskan rangkaian COVID-19 di Malaysia.

Pakar Ramal Malaysia Gelombang Kedua COVID-19

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini memberitahu Mesyuarat Khas Menteri telah bersetuju untuk kembali memberi kelonggaran rentas negeri bermula 1 Jun ini.

Walau bagaimanapun, kebenaran tersebut hanya akan diberikan kepada pasangan terpisah, urusan kesihatan, bekerja dan kecemasan seperti kematian serta perubatan.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1927337054066168

Antara kelonggaran lain yang diberikan adalah kebenaran kepada institut latihan memandu serta proses pelesenan pemandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan kembali beroperasi bermula 1 Jun tertakluk kepada garis panduan yang dikeluarkan JPJ.

Dalam sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini, Dr Noor Hisham memberitahu Malaysia sudah berada dalam fasa pemulihan akhir susulan daripada kejayaan pelaksanaan PKP yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

BACA: Dr Noor Hisham Disenarai Antara Tiga Doktor Terbaik Dunia Tangani Krisis COVID-19

Pelaksanaan PKPB yang bermula 4 Mei lalu juga berjaya menurunkan nilai kebolehjangkitan atau R0 (R-naught) sehingga 0.3 berbanding 0.6 ketika pelaksanaan PKP.

“Bererti seseorang yang dijangkiti hanya boleh menjangkiti 0.3 orang, jadi ia semakin berkurang dan untuk melihat kepada kes-kes yang akan datang, model ini sedang berjalan dengan baik. Sekarang ini, kita di peringkat pemulihan yang terakhir.”

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.