Aktivis Sifatkan Operasi Sasar PATI Di Jalan Masjid India Sebagai ‘Tidak Berperikemanusiaan Dan Bodoh’ 2

Jika Kes Kembali Meningkat, Rakyat Perlu Bersedia Kemungkinan PKP Dilaksana Semula

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Beberapa hari lalu, Malaysia menyaksikan kes kembali meningkat. Peningkatan kes COVID-19 yang mana bermula sejak dua hari lalu secara berturut mencatatkan kes tiga digit. Selepas 15 hari mencatatkan kes dua angka, pada 25 Mei dan 26 Mei kes meningkat dengan catatan kes masing-masing sebanyak 172 dan 187.

BACA: Saintis Beri Amaran Vaksin COVID-19 Mungkin Tidak Akan Ditemui, Ini Sebabnya

Daripada 187 kes yang dicatat semalam (26 Mei 2020), sejumlah 155 daripadanya adakah melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil. 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu tujuh warganegara Malaysia dan tiga bermastautin tetap iaitu pasangan kepada warganegara Malaysia.

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1930916470374893/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARCJukjWZhuykps18o678tWeMa9iAoyWb5ooke7Bs2_D2obr6i5uGlIsfdcAuJea_WfBN0_z3WFWOfoMDfci4WYBPoNbZAEz8mc8GxkEleuJoVeyILl1SwrOgKrStI9VzFEk3g28KjojlibkMbG1biyTUJ8Obt4bQjfCmFv5XClMlYHX1uS6pep54R9QM4AasQQR1QAAu0LlkYoV9J8c5-pOAeylLbilORs0BGaCSmHSZd5n5AFxm036AZCnZfwJ6m0a80M1LZjXIHjekPZ34je9o4zZPdFza5G3aBXadrmsGd2NG3x-Qn4EOnDlK3oCcoaqh0YLB-n5UQR3bLCW6L5jazK8&__tn__=-R

Meskipun masih dalam kawalan, susulan daripada peningkatan penularan COVID-19 di DTI melibatkan ramai pendatang asing tanpa izin, semua DTI diletakkan sebagai kawasan berisiko tinggi. DTI Semenyih, Bukit Jalil dan Sepang yang dikesan berlaku penularan wabak tersebut dikenakan tindakan seperti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Bagi 177 kes penularan tempatan pula, 173 kes adalah bukan warga Malaysia di mana 155 kes telah dikesan DTI Bukit Jalil dan 13 kes daripada kluster Pengawal Keselamatan Cheras.

Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah empat kes sahaja.”

– Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

14 Mei lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media memberitahu rakyat perlu bersiap sedia dengan kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula sekiranya penularan jangkitan yang sebelum ini mencatatkan penyusutan kembali meningkat.

Aktivis Sifatkan Operasi Sasar PATI Di Jalan Masjid India Sebagai ‘Tidak Berperikemanusiaan Dan Bodoh’
Sumber: Bernama

Ismail Sabri pada ketika itu menjelaskan sekiranya kes kembali meningkat, ada kemungkinan untuk PKP dilaksanakan semula.

BACA: Malaysia Bimbang Lonjakan Kes COVID-19 Berpunca Dari Pekerja Asing, Tak Mahu Seperti Singapura

Menjelaskan setiap keputusan kerajaan sebenarnya bergantung kepada situasi semasa dan data mengenai kadar penularan COVID-19 yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sama-samalah kita menjaga agar peningkatan kes dalam kalangan warganegara tidak meningkat.

BACA: Aktivis Sifatkan Operasi Sasar PATI Di Jalan Masjid India Sebagai ‘Tidak Berperikemanusiaan Dan Bodoh’

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.