Kedai Boba ss15 Gulung Tikar

Beberapa Kedai Boba Yang Laris Di SS15 Kini Sudah Gulung Tikar?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kedai Boba Yang Laris Kini Sudah Gulung Tikar?

Impak penularan COVID-19 bukan sahaja memberi kesan kepada sektor pelancongan, malah beberapa premis perniagaan makanan juga turut mengalami masalah sama berkemungkinan tidak lagi mampu menanggung kos operasi.

Minuman boba pernah menjadi kegilaan orang ramai sejak setahun lepas dengan percambahan kedai yang mengusahakan minuman ini terutama di jalan SS15, Subang Jaya. Ketika awal penularan minuman ini, kedai-kedai ini sentiasa dipenuhi pelanggan.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular dikatakan kedai minuman boba yang pernah menjadi rebutan orang ramai kini bukan sahaja tutup operasi malah terpampang bunting yang bertulis ‘untuk disewa/ dijual’ di hadapan kedai.

Kedai Boba ss15 Gulung Tikar
Sumber: FB

Melihat video yang dikongsi seorang netizen melalui Facebook miliknya tentang penutupan kedai minuman boba itu, berkemungkinan mereka sudah mula gulung tikar disebabkan krisis COVID-19.

“Saya melihat kekecewaan pemilik perniagaan. Saya melihat kesedihan, saya melihat hilangnya harapan.

“Pada masa yang sama, saya melihat peluang membentuk semula ekosistem di sini. Saya melihat permintaan yang stabil dan bukan spekulasi. Saya memilih untuk melihat harapan,” tulis netizen yang berkongsi video tersebut.

https://www.facebook.com/keith.kuang/videos/10163528408330162/

Katanya, kita perlu sediakan mental dan mula menyesuaikan diri dengan normal baru dan semoga semuanya berjalan lancar semula.

Pastinya, inilah realiti yang perlu dihadapi jika mengadakan perniagaan atas nama trending. Tak semua makanan atau minuman yang tular itu kekal lama, ia hanya popular untuk beberapa waktu sahaja.