Dakwa Tiada Bonus Tahun Ini, Netizen Anjur Petisyen Buat Abang Posmen 3

Dakwa Tiada Bonus Tahun Ini, Netizen Anjur Petisyen Bela Nasib Abang Posmen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seminggu ini, tular di laman media sosial mengenai perihal abang posmen yang dakwa tiada bonus untuk tahun ini.

Umum sedia maklum, sejak Perintah Kawalan Pergerakan mula dijalankan di Malaysia pada 18 Mac lalu, berlakunya penerimaan peningkatan mendadak pada kuantiti bungkusan setiap hari.

Sebagai contoh, jika sebelum ini kapasiti kuantiti barang yang diterima Pos Malaysia dalam tempoh masa sehari hanya sekitar 350,000 bungkusan namun sepanjang PKP berlakunya peningkatan mendadak sekali ganda iaitu sebanyak 770,000 bungkusan.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1905865942879946

Jika difikirkan secara logik, dengan berlakunya peningkatan bungkusan, makanya akan berlaku juga peningkatan kepada pendapatan syarikat, kan?

Menerusi satu perkongsian seorang individu di Facebook, beliau dimaklumkan bahawa untuk tahun ini tiada bonus untuk abang posmen meskipun syarikat dikatakan akan menjana keuntungan di atas penerimaan peningkatan bungkusan.

https://www.facebook.com/masakan.utara.7/posts/127144872297162

Menerima reaksi orang ramai dengan lebih 27,000 perkongsian, rata-rata daripada netizen mengkritik Pos Malaysia kerana telah bertindak kejam terutamanya pada abang posmen yang bertindak sebagai petugas barisan hadapan dalam memastikan barangan sampai ke tangan pembeli.

BACA: Isu Bonus Pelakon Filem Paskal, Penerbit Juga Belum Terima Bayaran

Namun sehingga ke hari ini masih lagi tiada maklum balas dan penjelasan daripada pihak Pos Malaysia mengenai isu ini.

Susulan dengan itu, netizen yang bersimpati dengan nasib abang posmen telah tampil menganjurkan petisyen agar Pos Malaysia bersimpati dengan nasib mereka dan memberikan bonus.

Dakwa Tiada Bonus Tahun Ini, Netizen Anjur Petisyen Buat Abang Posmen
Sumber: change.org

Petisyen yang sudah menerima hampir 4,000 tanda tangan ini dibuat sebagai tanda penghargaan dan sokongan buat abang posmen yang juga bertindak petugas barisan hadapan sepanjang PKP berlangsung.

Terdahulu, Pos Malaysia ada membuka peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia yang berminat untuk menjadi pos rider atau ejen sepenuh masa bagi serahan item Pos Laju di seluruh negara dengan menyediakan komisyen sehingga RM6,000.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1903167489816458

 

NOTA:

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.