Mexico Tersenarai Sebagai Negara Paling Bahaya Untuk Pengamal Media

Mexico Tersenarai Sebagai Negara Paling Bahaya Untuk Pengamal Media

Mexio bukan negara paling selamat untuk didiami golongan yang pengamal media yang lebih mesra digelar wartawan sehingga menyebabkan Mexico tersenarai sebagai negara paling bahaya untuk golongan ini.

Untuk tahun ini sahaja, sudah tiga orang wartawan dilaporkan dibunuh di Mexico. Yang terbaharu, seorang wartawan yang juga merupakan Pengarah Media Digital Medios Obson, Jorge Armenta dilaporkan telah dibunuh di Ciudad Obregon di utara dipercayai mempunyai kaitan dengan politik kartel dadah.

Armenta sebelum ini dilaporkan telah menerima ugutan dan diletakkan di bawah perlindungan kerajaan. Dalam kejadian terbabit, seorang anggota polis turut terbunuh manakala seorang lagi cedera.

Mexico Tersenarai Sebagai Negara Paling Bahaya Untuk Pengamal Media 1
Sumber: Al Jazeera

Kumpulan pemerhati media, Reporters Without Borders (RSF) menggesa agar siasatan turut dilancarkan terhadap perlindungan yang diberikan kepada Armenta.

Mexico tersenarai bersama Syria dan Afghanistan

RSF sebelum ini kerap menyenaraikan Mexico berserta beberapa negara lain seperti Syria dan Afghanistan sebagai negara yang paling berbahaya untuk didiami anggota media.

Pada tahun 2017 sahaja, 11 orang pengamal media dilaporkan telah dibunuh di Mexico. Bukan itu sahaja, serangan turut dilakukan terhadap syarikat termasuklah serangan siber, penculikan, ugutan bunuh serta pencabulan kehormatan.

BACA: Lelaki Ini Pasang Jongkang-Jongket Di Tembok Sempadan AS-Mexico

Akhir April lalu, Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador mengingatkan kartel bersenjata yang mengedarkan bantuan termasuk makanan dalam bungkusan yang lengkap dengan logo kartel dadah supaya tidak perlu melakukannya lagi.

Meminta agar kartel dadah berkenaan menghentikan keganasan di sana, Manuel memberitahu bantuan makanan berkenaan tidak membantu masyarakat, sebaliknya jika mereka berhenti mencederakan orang lain ianya sangat membantu.

Sumber: NBC News, Berita Harian