Pengasas Kicap Cap Kipas Udang Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun 2

Pengasas Kicap Cap Kipas Udang Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Pengasas kicap cap Kipas Udang, Datuk Lambak Mohamed dikhabarkan meninggal dunia di kediamannya di Larkin Jaya, Johor pada jam 9.15 pagi tadi.

Selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Kebun Teh kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, menurut cucunya, Amiza Abdul Aziz, arwah yang berusia 100 tahun tiada komplikasi penyakit dan sihat.

BACA: Hanya Tinggal $0.50 Dalam Akaun Bank, Ini Kisah Disebalik Kejayaan Pengasas OYO Hotel

Pengasas kicap yang turut mengeluarkan sos serta seri kaya itu meninggalkan balu, Datin Rogayah Jusoh, 94 tahun dan 12 cahaya mata.

 

Pengasas Kicap Cap Kipas Udang Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun 1

Produk cap Kipas Udang bukanlah satu produk yang asing dalam kalangan masyarakat Malaysia. Produk yang cukup terkenal dan menjadi kegemaran ramai itu dikeluarkan oleh syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak dari tahun 1987 lagi.

Tak perlukan teknik pemasaran yang bombastik, jenama cap Kipas Udang terkenal dengan kualiti rasanya yang enak sehinggakan beberapa kali telah menjadi mangsa kepada produk tiruan.

Terdahulu, pada Februari lalu, satu lagi pengasas jenama kicap terkenal di Malaysia iaitu Jalen telah meninggal dunia dan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan Allahyarham Datuk Lambak.

Allahyarham, Datuk Ab Jalil Long meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Pakar KPJ Johor Bahru.

Ab Jalil memulakan operasi syarikat Jalil Enterprise pada November 1981 dan menjadi pembekal kicap kontrak bagi jenama Habhal sebelum perjanjian ditamatkan pada November 1986.

Dilaporkan demi mengembangkan perniagaannya beliau sanggup mengambil risiko dengan membuat pelaburan mencecah jutaan ringgit.

Sumber: Astro Awani