Elaun Pinggan Mangkuk

Netizen Tak Sangka Elaun Pinggan Mangkuk Cecah Puluhan Ribu Selepas Syed Saddiq Dedah Butiran Elaun Menteri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menteri ada elaun pinggan dan mangkuk?

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasatnya dan mengakui sudah memberikan kerjasama penuh sejak kes itu mula disiasat hampir dua bulan lalu.

Syed Saddiq berkata, sekali lagi ada yang mencuba untuk kaitkan dirinya dengan rasuah sedangkan beliau menyertai politik untuk bersihkannya, bukan untuk kedudukan dan kewangan.

Menurutnya, wang yang hilang adalah milik beliau dan keluarga serta sudah membuat laporan polis mengenai wang itu untuk tujuan renovasi rumah.

“Kalau duit rasuah, kenapa kita nak laporkan. Walaupun diberikan AP semasa jadi menteri, saya tiada langsung membeli kereta mewah, tiada Toyota Vellfire, tiada kereta mewah dan saya juga tiada aset yang mahal atau baru yang dibeli.

“Saya juga tiada rumah baru, kecuali rumah yang dimiliki saya dan keluarga di Shah Alam yang mula dibeli sejak sebelum jadi menteri,” katanya.

Walau bagaimanapun, pendedahan Ahli Parlimen Muar tentang pendapatan ahli jemaah kabinet mengejutkan netizen kerana lebih tertarik dengan elaun pinggan dan mangkuk, dan menganggap bayaran “one-off” berjumlah RM42,000 sebagai pembaziran.

Elaun Pinggan Mangkuk

“Elaun ‘one off’ pinggan dan mangkuk RM42,000 serta elaun tahunan percutian RM70,000. Manakala elaun makanan setiap hari RM180 seorang dengan had maksimum untuk tuntutan belanja makan, tidak kira jumlah orang.

“Selain itu elaun pindah rumah RM10,000 dan apabila diberhentikan sebagai menteri, dapat lagi pembayaran ‘one-off’ sebanyak RM150,000,” katanya menerusi Twitter.

“Ini berita paling pelik dalam tahun ini. Jika Syed Saddiq tak dedah, kita tidak akan tahu elaun one-off pinggan mangkuk wujud.”

“Elaun pinggan mangkuk RM42,000. Elaun penyelidik parlimen tiada. Kerajaan lebih pentingkan ahli parlimennya makan dan berhibur daripada menggaji penyelidik untuk kerja-kerja legislatif.”

“Maknanya berpuluh tahun menteri-menteri semua sorok yang mereka ada dapat elaun pinggan mangkuk. Kalau Syed Saddiq tak cerita, tak adalah kita tahu ya.”

Memetik laporan ProjekMM, difahamkan elaun itu untuk pembelian perkakas hidangan yang mempunyai lambang jata negara, khas untuk majlis melibatkan tetamu rasmi termasuk duta.