Gaya Rambut Koronavirus Popular

‘Gaya Rambut Koronavirus’ Kembali Popular Untuk Beri Kesedaran COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Gaya rambut koronavirus kembali popular di Afrika Selatan untuk beri kesedaran COVID-19.

Pandemik COVID-19 telah menghidupkan semula ‘gaya rambut koranavirus’ di Afrika Timur iaitu dengan tocang tercacak yang menyerupai bentuk virus.

Kepopularan gaya itu sebahagiannya disebabkan kegawatan ekonomi yang dikaitkan dengan sekatan pergerakan kerana lebih murah untuk mendandan dan matlamatnya adalah untuk memberi kesedaran bahawa koronavirus benar-benar wujud.

Gaya rambut itu telah ketinggalan zaman dalam beberapa tahun belakangan ini apabila rambut asli dan sintetik diimport dari India, China dan Brazil mula membanjiri pasaran dan permintaan oleh wanita tempatan meningkat. Gambar gaya tocang yang diimport tersusun dalam salun kecantikan di kebanyakan kawasan Afrika menyebabkan gaya rambut tocang tercacak itu sudah mula dilupakan.

Sejak penularan COVID-19 melandan Afrika, sebuah salun sementara di sebelah jalan raya sibuk di Kibera, penempatan setinggan di ibu negara Kenya, Nairobi, pendandan rambut berusia 24 tahun Sharon Refa kembali menggayakan rambut menyerupai antena yang digelar ‘gaya rambut koronavirus’.

“Segelintir orang dewasa tidak percaya koronavirus wujud, tetapi kebanyakan kanak-kanak berminat mencuci tangan mereka dan memakai penutup mulut dan hidung. Ramai orang dewasa tidak melakukannya, dan itulah sebabnya kenapa kami memperkenalkan gaya rambut korona,” kata Refa.

Margaret Andeya, seorang ibu yang bergelut untuk mencukupkan belanja berkata, gaya rambut koronavirus ini sesuai dengan keperluan anak perempuannya. Sekatan pergerakan telah menghambat kerja harian untuk jutaan penduduk yang tidak mempunyai wang simpanan yang mencukupi.

Gaya Rambut Koronavirus Popular

“Gaya rambut ini jauh lebih berpatutan untuk orang seperti saya yang tidak mampu membuat gaya rambut yang lebih mahal di luar sana tetapi mahu anak-anak kami kelihatan bergaya,” kata Andeya.

Kata salah seorang penduduk di situ, COVID-19 telah memusnahkan ekonomi, meragut pekerjaan dan kini wang simpanan semakin susut.

Jumlah kes positif COVID-19 yang disahkan Kenya hampir 700 setakat Isnin. Bagaimanapun, jumlah kes yang sebenarnya mungkin lebih tinggi disebabkan kekurangan bahan ujian yang meluas.

Awal Mei lalu, sebilangan jenis perniagaan dibuka semula di beberapa bandar utama di Nigeria selepas kerajaan memberi kelonggaran sekatan secara bertahap.

Sumber: India Times

* Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari topeng muka, tekan di sini kerana Mr.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian topeng muka. Cepat sebelum terlambat.