Pengalaman Kerja Pengawal Mutu dan Kualiti Ganja

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kerja Sebagai Pengawal Mutu Dan Kualiti Produk Ganja Di Amerika Syarikat

Wanita ini kongsi pengalaman sebagai pengawal mutu dan kualiti ganja di Amerika Syarikat.

Menjelang 2020, semakin banyak negara menghalalkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan. Beberapa minggu ini di Facebook, tular mengenai perkongsian pengalaman seorang wanita, Hannah Fawwazah Nasaruddin yang berkongsikan pengalamannya sebagai pengawal mutu dan kualiti ganja di Amerika Syarikat.

Baca wanita ini kongsi pengalamannya seperti di bawah:

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kerja Sebagai Pengawal Mutu Dan Kualiti Produk Ganja Di Amerika Syarikat
Sumber: Hannah Fawwazah Nasaruddin

Sebelum masuk bekerja, akan ada proses semak latar belakang melalui FBI dan polis negeri.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kerja Sebagai Pengawal Mutu Dan Kualiti Produk Ganja Di Amerika Syarikat 1
Sumber: Hannah Fawwazah Nasaruddin

Bergelar pekerja bukan tiket untuk sewenangnya menggunakan produk ganja di dalam bangunan.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kerja Sebagai Pengawal Mutu Dan Kualiti Produk Ganja Di Amerika Syarikat 2
Sumber: Hannah Fawwazah Nasaruddin

Peralihan penggunaan ubatan untuk depresi kepada penggunaan ganja.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kerja Sebagai Pengawal Mutu Dan Kualiti Produk Ganja Di Amerika Syarikat 3
Sumber: Hannah Fawwazah Nasaruddin

Di Malaysia, ganja atau kanabis tersenarai dalam Jadual 1 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana melarang seseorang individu mengimport, menanam, memiliki, memindah atau menggunakan bahan berkenaan.

Sehinggakan ada aktivis yang meminta agar ganja dikeluarkan daripada senarai berkenaan bagi membolehkan kajian saintifik dilakukan sebagai bukti tumbuhan berkenaan selamat digunakan dalam lapangan perubatan.

Ganja Pertama Dibenarkan di Singapura

Presiden Malaysia Society Awareness, Intan Mustika Putri Mokhtar pada April tahun lalu berkata ganja boleh merawat penyakit, melindungi saraf dan menjana sel otak namun kaedah ini ditolak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan barisan doktor di Malaysia kerana tidak melihat kajian yang dilakukan oleh negara luar dengan teliti contohnya Israel.

Selepas Belanda mengumumkan perintah berkurung di sana, ramai daripada rakyat telah melakukan pembelian panik ganja.

Untuk ketahui perkaitan antara ganja dan COVID-19, anda boleh baca DI SINI.