Tesco Malaysia Henti Serta Merta Ambil Bekalan Ayam Dari Kilang Terbabit COVID-19

Tesco Malaysia Henti Serta Merta Ambil Bekalan Ayam Dari Kilang Terbabit Kes COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas daripada salah satu kilang pembekal ayamnya mempunyai kes COVID-19 dalam kalangan pekerja, Tesco Malaysia serta merta berhenti daripada mendapatkan bekalan dari situ.

BACA: Tesco Umum Kemungkinan Pengunduran Perniagaan Daripada Pasaran Asia

Kilang ayam di Pedas Linggi, Negeri Sembilan itu ditutup awal bulan lalu selepas kluster COVID-19 melibatkan lebih 60 orang pekerja dikenal pasti di situ.

Menurut jurucakap Tesco Malaysia, selepas dimaklumkan pembekal mengenai kes yang disahkan 6 Mei, bekalan ayam dihentikan serta merta sebagai langkah pencegahan sehingga satu masa diberitahu kelak.

Akan terus mendapatkan bekalan ayam daripada pembekal lain, Tesco memberitahu bekalan ayam sepanjang Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri mencukupi.

Tesco Malaysia Tamat Operasi Malaysia

Memberi jaminan bahawa tiada kontak rapat antara kakitangan Tesco dengan pekerja kilang berkenaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Tesco bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah cawangan yang mendapatkan bekalan dari kilang berkenaan.

Kilang ayam berkenaan merupakan salah satu daripada premis yang diarahkan tutup bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dan kerja sanitasi dilakukan selepas terdapat kes positif wabak berkenaan di sana.

Merekodkan lebih 60 kes jangkitan (7 rakyat Malaysia, 53 warga asing) yang mana 52 daripadanya dikesan sepanjang tempoh 24 jam sehingga 8 Mei 2020, keputusan terhadap 440 ujian masih belum diketahui manakala punca jangkitan masih dalam siasatan.

Sumber: FMT

 

NOTA:

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.