
Dua Isu Besar Yang Berjaya Kerajaan Malaysia Selesaikan Sepanjang Pandemik COVID-19
Kenapa penting makan kekacang ketika bersahur?
Masih ada lagikah yang memandang enteng tentang kepentingan bersahur untuk berpuasa? Jika anda golongan perlu bersahur, pernahkah masih terasa lapar dan kurang bermaya ketika berpuasa di siang hari walaupun bersahur dalam kuantiti yang banyak?
Ini disebabkan anda perlu memilih makanan yang betul ketika bersahur bagi mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.
Menurut pakar nutrisi dari USM, Hamid Jan Mohamed berkata, sahur membantu menyokong metabolisme dalam badan, mengurangkan rasa sakit kelaparan, meningkatkan kecergasan mental, menjamin kesihatan otak, memberi tenaga, rehidrasi, meningkatkan sistem penghadaman dan mengurangkan keletihan.
Maka, bagi mengekalkan kecergasan sepanjang berpuasa, perkara yang perlu dititikberatkan ialah pemilihan makanan dan bukannya berapa banyak yang anda perlu makan.
Namun, budaya pengambilan nasi bersama lauk-pauk seperti ayam, daging dan makanan laut ketika bersahur yang diamalkan sejak sekian lama teah sebati dalam segelintir masyarakat Islam di negara ini.
Tetapi semua makanan itu tidak memberi anda berasa kenyang sepenuhnya kerana mengandungi garam tersembunyi yang mana akan mendehidrasi badan menyebabkan pada awal pagi sudah terasa lapar dan berasa haus.
Bagi menghindari rasa lapar ketika berpuasa digalakkan mengambil makanan sihat dengan kandungan serat tinggi ketika bersahur. Ini kerana, makanan berkenaan membuat kenyang lebih lama akan menjadikan perut tahan lapar, di samping proses pencernaan pada usus juga menjadi lebih sihat kerana makanan kaya serat.
Mengambil pelbagai jenis kacang ketika bersahur amat baik dalam menjalani ibadat puasa dengan sempurna. Ini kerana, kandungan protein kacang membuat kita berasa kenyang lebih lama, sekali gus mengawal keinginan untuk makan.
Selain itu, kekacang juga mengandungi bahan antioksidan, vitamin, zink, zat besi, kalsium, potasium dan magnesium yang diperlukan tubuh.
Malah, dikatakan mereka yang mengambil makanan kekacang ketika bersahur cenderung menahan lapar 31 peratus lebih lama berbanding yang tidak mengambilnya.
Untuk mencuba menjadikan makanan kekacang sebagai hidangan bersahur, pastinya ada yang sedikit sukar kerana snek sihat seperti ini mahal di pasaran kerana diimport dari luar negara.
Namun, ada pilihan yang lebih mudah untuk membeli pelbagai kekacang berkhasiat di Amazin’ Graze, pengeluar snek sihat tempatan. Membeli produk Amazin’ Graze, pelbagai pilihan snek sihat iaitu kekacang seperti walnut, pecan, hazel, badam, kacang tanah, biji gajus dan granola iaitu campuran bijirin, buah-buahan kering, biji labu, oat dan madu.
Setiap kekacang mempunyai khasiat untuk kesihatan. Misalnya, badam kaya dengan kalsium dan pilihan terbaik bagi memastikan kita mendapat mineral penting untuk tulang. Badam juga tinggi dengan vitamin E iaitu nutrien yang baik untuk kulit dan kandungan flavonoid dalam badam membantu melindungi jantung.
Kacang pecan pula baik untuk jantung kerana padat dengan sterol tumbuhan iaitu sebatian penting yang cekap menurunkan tahap kolesterol. Kacang ini tinggi antioksidan mencegah pembentukan plak yang menyempitkan arteri.
Kacang gajus juga menyumbang protein yang banyak dan sumber penting mineral seperti zat besi dan zink termasuk magnesium yang baik untuk meningkatkan memori.
Kami sarankan anda beli produk Goodness Bowl dari Amazin’ Graze ini yang mengandungi pelbagai kekacang dan oat, sangat sesuai dimakan ketika bersahur di samping harganya amat berpatutan. Untuk pembelian, boleh layari ke laman web Amazin’ Graze.
Trending now



