Muhyiddin Yassin Terima Ucapan Tahniah Daripada Trump, Bincang Kerjasama Antara 2 Negara

Muhyiddin Yassin Terima Ucapan Tahniah Daripada Trump, Bincang Kerjasama Kawalan COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

IKEA, sebuah syarikat menjual perabot dari Sweden ini cukup terkenal bukan hanya pada peralatan perabotnya, malah cukup popular dengan hidangan istimewanya iaitu bebola daging atau dikenali sebagai sweedish meatball.

Sesetengah orang pergi IKEA semata-mata untuk makan hidangan bebola daging sahaja. Hidangan bebola daging bersama kentang putar, sos pekat dan rasberry jam cukup membuatkan kita mengidam kembali untuk menikmatinya.

Walaupun ia dikenali sebagai sweedish meatball, hidangan bebola daging terkenal ini sebenarnya berasal dari Turki. Mengikut sejarah, resipi bebola daging itu dibawa balik oleh King Charles XII dari Turki pada awal abad ke-18.

Apapun, sememangnya hidangan ini akan menarik sesiapa pun yang mencubanya. Jika sebelum ini ramai yang mencuba resipi bebola daging agar sama seperti resipi asal, kali ini IKEA cawagan di United Kingdom (UK) berkongsi resipi mereka buat pertama kali untuk peminatnya buat sendiri di rumah.

Resipi Sweedish Meatball IKEA Original

Ini resipi ‘sweedish meatball’ yang dikongsi IKEA:

* Resipi ini boleh buat untuk 16 hingga 20 biji bebola daging. Resipi yang dikongsikan ada bahan yang tidak halal namun untuk yang beragama Islam boleh mengolahnya.

Bahan-bahan:

Resipi Sweedish Meatball IKEA Original

Cara memasak:

Campurkan bahan daging kisar dan gaul sebati. Kemudian campurkan bawang merah, bawang putih, serbuk roti, telur dan gaul sebati lagi sekali. Selepas itu, letak susu dan perasakannya dengan garam dan serbuk lada hitam.

Resipi Sweedish Meatball IKEA Original

Bentukkan bulat adunan tadi menjadi bebola memgikut saiz yang dikehendaki. Kemudian, simpan dalam peti sejuk selama 2 jam.

Resipi Sweedish Meatball IKEA Original

Setelah itu, panaskan minyak dan buka api sederhana. Masak satu persatu bebola daging tadi sehingga keperangan.

Resipi Sweedish Meatball IKEA Original

Setelah masak keperangan, bakar bebola daging tadi di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah selama 30 minit.

Resipi Sweedish Meatball IKEA Original

Cara buat sos istimewa bebola daging IKEA:

Cairkan mentega, masukkan tepung gandum dan kacau selama dua minit. Tambah stok daging, stok sayur, krim, kicap dan dijon mustard dan kacau sehingga sos kelihatan pekat.

Resipi Sweedish Meatball IKEA Original

Setelah siap, boleh hidangkan bersama kentang putar, rasberry jam dan apa-apa jenis sayur rebus yang sesuai!

Resipi Sweedish Meatball IKEA Original

Selamat mencuba!

Sumber: Yahoo!