Tanzania Minuman Anti COVID-19

Tanzania Tetap Degil Import Minuman Anti COVID-19 Dari Madagascar Walaupun Diragui WHO

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan keraguan pada keberkensanan minuman herba yang diimport dari Madagascar, Tanzania tetap dengan keputusan dan kepercayaan bahawa minuman berasaskan tumbuhan tersebut mampu merawat pesakit COVID-19.

Masih tiada bukti kukuh, Madagascar beberapa hari lalu mengumumkan akan mula menjual minuman herba yang dipanggil sebagai COVID Organics yang dihasilkan daripada beberapa tumbuhan herba antaranya artemisia, salah satu tumbuhan yang dibuktikan berkesan merawat malaria.

Sudah ditempah dari beberapa buah negara Afrika yang lain, Presiden Madagascar, Andry Rajoelina melancarkan minuman berkenaan di satu sidang berita dengan mengatakan ianya sudah merawat dua orang pesakit.

Tanzania Tetap Import Minuman Anti COVID-19 Dari Madagascar Walaupun Diragui WHO

Dijual dengan harga USD40 sen (RM1.73) sebotol, WHO menjelaskan walaupun kompaun yang diambil dari artemisia berkesan dalam ubatan malaria, namun tumbuhan itu sendiri sebenarnya tidak boleh merawat malaria.

Merasakan bahawa minuman tersebut akan membawa kepada pemahaman bahawa individu yang mengambilnya akan imun terhadap COVID-19 dan berisiko meletakkan diri dalam kelakuan yang membahayakan.

BACA: Presiden Tanzania Dakwa Unsur Sabotaj Punca Kambing, Burung Puyuh Dan Betik Hidap COVID-19

Presiden Tanzania, John Magufuli sebelum ini mendakwa terdapatnya unsur sabotaj apabila sampel daripada kambing, burung puyuh dan betik di negara berkenaan disahkan menghidap penyakit COVID-19.

Sumber: Al Jazeera

NOTA:

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.