
Pilih Berpisah Secara Baik, Da’i Farhan Sah Bercerai Kali Kedua
Pilih untuk dilepaskan secara rela, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr Erin mendedahkan sudah berpisah dengan pendakwah bebas Da’i Farhan pada 27 April lalu.
Berita yang didedahkan menerusi satu hantaran di Instagramnya, Erin memberitahu perpisahan berkenaan berlaku di atas permintaan dirinya sendiri.
Baru sahaja mengumumkan sah berbadan dua, Erin menjelaskan beliau sudah penat dengan episod ‘kejap kata nak rujuk sana dan nak ceraikan saya, kejap tak jadi cerai saya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan saya, kejap nak cerai balik.’
Pilih berpisah secara baik, Erin memberitahu bahawa dirinya tidak layak untuk golongan agamawan dan menegaskan segala apa yang dilakukan dan dimuat naik di laman media sosialnya tidak dikaitkan dengan Da’i Farhan supaya bekas suaminya boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan ketenangan dan kebaikan.
Erin turut mendedahkan, bekas suaminya itu juga sudah rujuk dengan isteri pertama, Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 11 Februari lalu kerana tidak mampu berjauhan dengan anak-anaknya.
Terdahulu, perkahwinan Erin dan Da’i Farhan mencetuskan kontroversi di laman media sosial sehingga berlakunya perceraian dengan isteri pertamanya pada 3 Disember lalu.

Bernikah dengan Erin yang merupakan ibu tunggal anak lapan di Makkah, Erin mendapat gelaran ‘wanita aura’ susulan pendedahan Da’i Farhan bahawa pernah didampingi 18 wanita namun tidak mampu menolak calon ke-19 iaitu Erin.
Erin sebelum ini, pernah terpalit dakwaan menipu seorang wanita dalam urusan sijil halal sehingga menyebabkan kerugian lebih RM10,000 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara antara setahun hingga 10 tahun dengan sebat serta denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Trending now



