Ibu Tunggal Dipenjara Langgar PKP Pertikai Denda RM800 Nurul Hidayah 3

Ibu Tunggal Dipenjara Dan Didenda RM1,000 Langgar PKP Pertikai Denda RM800 Nurul Hidayah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

29 April lalu, seorang ibu tunggal yang didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dijatuhkan hukuman penjara 30 hari oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Namun hukuman berkenaan dikurangkan dengan penjara lapan hari dan didenda RM1,000 selepas mengambil kira beliau adalah pesalah kali pertama.

Pesuruhjaya Kehakiman, Norsharidah Awang mengenakan denda maksimum RM1,000 kepada B Lisa Christina selepas beliau didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) yang boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara hingga enam bulan atau pun kedua-duanya sekali.

Ibu Tunggal Dipenjara Langgar PKP Pertikai Denda RM800 Nurul Hidayah
Sumber: FMT

Mempunyai seorang anak lelaki berusia enam tahun, peguam B Lisa, Rajpal Singh berkata hukuman penjara itu adalah keterlaluan untuk pesalah kali pertama. Ibu tunggal itu memberitahu beliau terpaksa meminjam wang RM1,000 daripada emaknya dan perasaan semasa dipenjara selama lapan hari hancur berkecai kerana tidak dapat melihat anaknya dan merasa malu.

BACA: Kompaun RM1,000 Dikenakan Kepada Individu Ingkar PKP Bermula Hari Ini

B Lisa ditahan pihak polis ketika berhenti untuk berborak sebentar dengan tiga individu lain di Taman Subang Mas, Subang pada 12 April jam 5 petang sebelum pulang ke rumah selepas pergi ke sebuah kedai berhampiran untuk membeli sepaket minuman. Dua individu lain turut didenda RM1,000 namun bagi individu ketiga, seorang warga Indonesia tidak dapat diketahu nasibnya.

Rajpal mempersolakan hukuman mengingkari PKP perlulah konsisten kerana ada yang didenda dan dipenjarakan. B Lisa pada awalnya dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan tetapi kemudiannya ditahan semula untuk dihadapkan ke mahkamah.

Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi

Berbeza dengan hukuman yang dikenakan kepada anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff yang masing-masing hanya didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya semalam kerana melanggar PKP.

Kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan serentak oleh jurubahasa mahkamah. Di kamar pertuduhan, Timbalan Pendakwaraya memohon agar kedua-duanya dikenakan denda maksimum RM1,000 namun Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili kedua-kedua tertuduh memberi alasan anak guamnya mendapat surat jemputan dari Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad.

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530557973744080/1908651209268086/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARC09IpGp_n4JZGjnRB_ek0VzFnE_xW5HmNWyIEeRyCoxvNQvQN049TTLoH_mPMX4gVMRigPFRrf69bVBv_IHgiC9PBa156qGbQl1WV50N283YU4sKW0GTh8-l_2Ptu2cwgy0XS3I3_0mKwHZofTOHvYKC5uLY4YDzkFiXbQQvy-q6W4WTba1rrD-Rg2TXRpwuWjl1zOc1a6llamaPqQ6yyp0gDz0O7Ul4XUcR6Z_hJjtudGXWSsZyRKTCf0a5dLSAO2p4SL35G5TYBXwCPkxjNk1m9hhPjwBwq9gRKhzz71NjSia8uBb5gq4ryhe_Cg0carFqV-oroqvrkzOMgGuGB1BXsr&__tn__=-R

Nurul Hidayah menimbulkan kemarahan netizen selepas memuat naik gambar di Instagram dengan beberapa kapsyen tentang pertemuannya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad.

Dituduh menyalahgunakan kedudukan sebagai anak tokoh politik untuk berbuat demikian, Nurul Hidayah menyelar tindakan netizen yang mengecamnya dan mencabar agar laporan polis dilakukan terhadapnya sekiranya beliau memang bersalah.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1908505495949324?__xts__%5B0%5D=68.ARCAF17SSzD_eezXgXMWzUYgcMUeMX0HQQc7gm9N-388rj47tJeALeHmsdNzTWrfividN0x23865nO8ccHqD5E81yXEwToXcXbw4eFQD4rVRcLgqZH1hgotljk85TAtLlwEpDDFXZRE4KoH4c8aRHjVLARx4sEZFZuwipUBEpae78yAhn2MstlPJmpyviNlpP4ZXXEz3PfnOqwaNEox-l9ZtzNenjhmHfrLD8sDdSfj50Eq2nln8CAZ1V-gTyJ_jKiMirukZfhXoTMF63T96baUqYWnNajn3pNdQqGruPYdLAD2k9PSw9iyoOBmwm60g8weTwumUt4xQPH5OhngD0YE2foiO&__tn__=-R

Mempersoalkan ‘ketidakadilan’ ini, B Lisa dalam satu hantaran di Facebook mempersoalkan adakah tindakan berat sebelah itu kerana beliau merupakan rakyat kelas kedua di Malaysia.

“Adakah saya rakyat kelas kedua di negara ini? Kenapa wujud tindakan berat sebelah? Saya perlukan penjelasan berhubung perkara ini.”

 

NOTA:

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.