Israel Umum Temui Antibodi Yang Berjaya Sembuhkan Pesakit COVID-19

Israel Umum Temui Antibodi Yang Berjaya Sembuhkan Pesakit COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sedang para saintis dan pegawai perubatan dunia berganding bahu mencari vaksin penawar untuk wabak pandemik COVID-19, Israel umum temui antibodi yang berjaya menyembuhkan pesakit yang dijangkiti.

Menurut media Times of Israel, berita penemuan oleh Israel Institute for Biological Research (IIBR) telah diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Israel kini sedang dalam proses paten sebelum dihasilkan secara besar-besaran.

Israel umum temui antibodi

Antibodi ini dikatakan berfungsi secara monoklonal dan meneutralkan virus COVID-19 di dalam tubuh pesakit. Sebanyak 10,064 pesakit berjaya dirawat dan plasma daripada tubuh telah dikaji untuk mencari rawatan segera.

Menjadi antara negara paling awal menutup pintu masuk negara, setakat hari ini Israel telah mencatatkan kes sebanyak 16,268 dengan kadar kematian sebanyak 237 kes, manakala untuk kes aktif adalah sebanyak 5,808.

Terdahulu, polis Israel dilaporkan telah menyerbu pusat ujian COVID-19 penduduk Palestin dan melakukan soal siasat seterusnya menahan empat aktivis yang terbabit dalam membangunkan pusat ujian itu.

Israel Didakwa Mahkamah Antarabangsa 1

Bukan itu sahaja, rejim Israel juga telah melarang Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk menganjurkan kegiatan di Baitulmaqdis termasuk mengharamkan mereka daripada mencegah wabak pandemik itu daripada menular.

BACA: Polis Israel Serbu Pusat Ujian COVID-19 Penduduk Palestin

Malah mereka juga bertindak biadap apabila memusnahkan sebuah klinik khas bagi pesakit COVID-19 yang sedang dalam pembinaan di Tebing Barat dan merampas bahan binaan yang bertujuan bagi mendirikan sebuah klinik khas untuk pesakit COVID-19.

NOTA:

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.

Sumber: Time of Israel