Di Sebalik Ketiadaan Kes Di Korea Utara, Ini Yang Berlaku Sebenarnya 1

Kim Jong-un Buat Kemunculan Umum Pertama Selepas 20 Hari Menghilangkan Diri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas 20 hari menghilangkan diri daripada khalayak umum, Kim Jong-un buat kemunculan umum pertama beliau di majlis perasmian pembukaan kilang baja di Suncheon semalam.

BACA: Di Sebalik Ketiadaan Kes, Ini Yang Korea Utara Cuba Sembunyikan Dari Dunia

Diiringi beberapa pegawai kanan termasuk adik perempuannya, Kim Yo-jong, Pemimpin Agung Korea Utara itu sebelum ini dikatakan berada dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia selepas menjalani pembedahan kardiovaskular.

Kim Jong-un Buat Kemunculan Umum Selepas 20 Hari Menghilang
Sumber: Al Jazeera

Disambut dengan sorakan gembira para hadirin, Kim Jong-un dilihat melontarkan senyuman semasa upacara memotong rien perasmian dan dilihat turut berbual dengan beberapa pegawai di majlis tersebut.

Gambar Kim Jong-un buat kemunculan pertama tak dapat dipastikan kesahihannya

Namun begitu, gambar yang disiarkan di laman web akhbar rasmi Rodong Sinmun itu tidak dapat disahkan kesahihannya.

Kali terakhir dilihat membuat kemunculan di khlayak media adalah pada 11 April, ramai yang tertanya-tanya , sekiranya Kim Jong-un meninggal dunia, siapakah yang akan menggantikan tempatnya sebagai pemimpin di republik itu?

Rasa-rasa meletakkan spekulasi bahawa Korea Utara hanya akan bertahan selama setahun setengah di bawah pimpinan adik perempuan Kim Jong-un iaitu Kim Yo-jong sebelum beliau dijatuhkan oleh sistem kepimpinan kolektif sama seperti yang berlaku selepas kematian Stalin, pemimpin Kesatuan Soviet dan kematian Mao Zedong, Pengerusi Parti Komunis China pada satu ketika dahulu.

BACA: Walaupun Dijangka Lebih Kejam Daripada Kim Jong-un, Kecantikan Kim Yo-jong Tetap Jadi Sebutan

Pimpinan di bawah Kim Yo-jong akan ditentang sekerasnya oleh barisan kumpulan elit di Korea Utara yang mahukan republik itu dipimpin oleh pemimpin lelaki kerana pegangan patriaki yang kuat dalam kalangan masyarakat di sana.