Proton Dalam Filem Extraction

3 Model Kereta Proton Muncul Dalam Filem Netflix ‘Extraction’, Jadi Bualan Netizen

Filem Netflix terbaharu berjudul Extraction, dibintangi oleh Chris Hemsworth yang sedang hangat ditayangkan menjadi bualan netizen Malaysia.

Apa yang menjadi bualan netizen apabila tiga adik-beradik Proton iaitu Saga FL, Satria Neo dan Savvy mencuri tumpaun dengan membuat penampilan singkat dalam filem tersebut.

Proton Dalam Filem Extraction

Extraction merupakan sebuah filem yang dihasilkan oleh adik-beradik Russo iaitu pengarah dua filem terakhir Avengers yang mula ditayangkan pada 24 April 2020. Filem ini mengisahkan tentang pembunuh upahan, Tyle Rake, yang dihantar untuk menyelamatkan seorang anak kepada raja dadah India dari Bangladesh, selepas dia diculik dan diletakkan harga ke atas nyawanya oleh penjahat.

Proton Dalam Filem Extraction

Jalan ceritanya mudah tetapi akan membuat anda terus menontonnya kerana penuh dengan adegan pertarungan serta visual yang padu.

Sebenarnya, model Satria Neo Savvy tidak pun ditawarkan dalam pasaran Bangladesh dan kehadiran model-model kereta ini muncul dalam filem adalah kerana sebahagian besar penggambaraan filem dijalankan di Ratchaburi, Thailand.

Proton Dalam Filem Extraction

Proton Dalam Filem Extraction

Kemungkinan dengan kemunculan 3 model Proton ini dan dikatakan plot cerita serta konflik menarik, meletakkan filem Extraction menjadi Trending No.1 di Netflix Malaysia.

Belum menonton filem ini? Boleh lihat trailernya dahulu di sini.