Walaupun Dijangka Lebih Kejam Dari Abangnya, Kim Yo-jong Tetap Disanjung Kerana Kecantikannya

Walaupun Dijangka Lebih Kejam Daripada Kim Jong-un, Kecantikan Kim Yo-jong Tetap Jadi Sebutan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Walaupun dijangka lebih kejam daripada abangnya, kecantikan Kim Yo-jog tetap menjadi tarikan netizen dunia.

Ramai yang masih tertanya-tanya apa yang akan berlaku di Korea Utara sekarang ini. Sangat tertutup dan berahsia, spekulasi kematian Kim Jong-un masih lagi tidak reda biarpun sudah beberapa pihak mengeluarkan kenyataan bahawa Pemimpin Agung itu masih lagi hidup.

Sekiranya adik perempuan Kim Jong-un, Kim Yo-jong menggantikan abangnya apa yang akan berlaku di Korea Utara?

Sama seperti Korea Selatan, budaya patriaki juga berlaku dalam kalangan masyarakat Korea Utara. Walaupun keadaan politik yang berbeza telah menghasilkan banyak perbezaan dalam kebudayaan moden Korea, Korea Utara masih lagi mengamalkan pemerintahan yang tegas dan lebih diktaktor.

Ini Yang Akan Berlaku Di Korea Utara Sekiranya Kim Jong-un Dilaporkan Meningal
Sumber: Yahoo News Australia

Kerana pengamalan budaya patriaki yang kuat juga, pemerintahan Kim Yo-jong dijangka hanya mampu bertahan sekitar setahun lebih sebelum bakal digulingan oleh sistem kepimpinan kolektif seperti yang berlaku  selepas kematian Stalin, pemimpin Kesatuan Soviet dan kematian Mao Zedong, Pengerusi Parti Komunis China pada satu ketika dahulu.

BACA: Ini Yang Akan Berlaku Di Korea Utara Sekiranya Kim Jong-un Dilaporkan Meninggal Dunia

Pensyarah senior di Kolej Antarabangsa Pengrusan Sydney memberitahu ideologi Korea Utara menyebabkan Kim Yo-jong bakal ditendang daripada posisi berkenaan dan digantikan dengan pewaris lelaki keluarga Kim yang lain.

Pakar-pakar di Korea Utara menjelaskan, Kim Yo-jong mungkin akan menuntut takhta sekiranya abangnya disahkan meninggal, namun terpaksa menentang kumpulan-kumpulan elit di Korea Utara yang mahukan negara republik itu ditadbir oleh pemimpin lelaki.

Walaupun Dijangka Lebih Kejam Dari Abangnya, Kim Yo-jong Tetap Disanjung Kerana Kecantikannya 1
Sumber: The Star

Kemunculan pertama beliau di khalayak umum adalah ketika upacara pengebumian ayahnya pada 2011 dan sejak dari itu beliau bekerja di ‘belakang’ Kim Jong-un dan menemani abangnya untuk bertemu Moon Jae-in pada 2018.

Sudah mentadbir selama 70 tahun, keluarga Kim hampir dianggap sebagai Tuhan oleh penduduk Korea Utara.

Namun, ada yang menjangkakan kepimpinan di bawah Kim Yo-jong akan lebih kejam dan diktaktor daripada pemerintah abangnya, Kim Jong-un.

Meskipun begitu pengguna internet seakan tidak terkesan dengan jangkaan kepimpinan diktaktor Kim Yo-jong kerana kecantikannya. Malah sudah ada karikatur serta fancam yang memaparkan watak Kim Yo-jong.

https://twitter.com/SearsRowbuck/status/1252965196143853580

https://twitter.com/dykeprivilege/status/1254173010774437889