Saya Dipilih Jadi PM Dalam Situasi Luar Biasa – Muhyiddin Yassin

Saya Dipilih Jadi PM Dalam Situasi Luar Biasa – Muhyiddin Yassin

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

“Saya dipilih jadi PM dalam situasi luar biasa.” Itu kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baru 17 hari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berdepan dengan satu cabaran besar dalam meneraju kepimpinan Malaysia.

Mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sebagai salah satu usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

BACA: JANGAN PANIK! Bukan ‘LockDown’, Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Perintah Kawalan Pergerakan Oleh Kerajaan

Dipilih dalam situasi yang sukar, perkara paling utama yang perlu beliau memberi perhatian adalah langkah dan usaha terbaik mengawal keadaan secepat mungkin.

Dalam keadaan situasi merbahaya dan boleh mengancam nyawa rakyat, Muhyiddin menjelaskan kelewatan sehari dua boleh memberikan kesan yang besar kepada rakyat.

BACA: Makna Di Sebalik Etika Pemakaian PM Ketika Sidang Perutusan Yang Ramai Tak Perasan

Tidak memikirkan soal politik sejak dilantik berkuat kuasa 1 Mac lalu, beliau turut mengelak mengeluarkan kenyataan yang berunsur politik kerana menyedari betapa muaknya rakyat dengan krisis politik yang berlaku di negara ini.

“Saya terus menumpukan kepada usaha membantu rakyat yang berdepan dengan penularan wabak COVID-19 serta merangka pakej rangsangan untuk memastikan ekonomi negara terus stabil.

Saya dalam keadaan sejak awal saya duduk di kerusi Perdana Menteri, saya tak fikir soal politik. Saya tahu mereka muak cerita-cerita itu.

Yang mereka nak tahu, apa kerajaan buat. Apa Perdana Menteri atau Jemaah Menteri dan juga pentadbiran kerajaan yang ada hari ini laksanakan untuk menangani isu penting yang sedang mereka hadapi.”

Dasar kerajaan Muhyiddin Yassin dalam mengatasi wabak COVID-19 boleh dikatakan sebagai dasar terbaik di dunia kerana berjaya mengekang penularan yang berlaku dalam negara.

muhyiddin yasin

Biarpun masih ada penambahan kes baharu, namun bilangan kes sembuh semakin hari semakin tinggi dan kadar kematian juga tidak meningkat dengan ketara.

BACA: Berjaya Lengkungkan Graf Jangkitan, Ini Yang Perlu Negara Lain Belajar Dari Malaysia

Graf jangkitan berjaya dilengkungkan sehingga Malaysia menerima ‘tabik hormat’ daripada negara luar kerana tindakan tegas dan pantas yang diambil kerajaan dalam mengawal penularan.

Tonton video temu bual penuh di pautan bawah:

Kerajaan juga menyarankan agar rakyat Malaysia yang mahu keluar daripada rumah memakai topeng muka bagi meminimumkan kadar jangkitan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.