Isu Pelarian Rohingya Jangan Sampai Tragedi Pulau Bidong, Terengganu Berulang 3

Isu Pelarian Rohingya: Jangan Sampai Tragedi Pulau Bidong, Terengganu Berulang

Masih lagi tidak reda, isu pelarian Rohingya semakin hari semakin menambah kerisauan dalam kalangan rakyat Malaysia. Bukan kerana membenci, rata-rata daripada kita cuma mahu berhati-hati agar tragedi Pulau Bidong tidak lagi berulang.

BACA: Isu Pelarian Rohingya: Pilihan Atas Dasar Kemanusiaan Atau Keselamatan Negara?

Untuk anda yang tidak tahu, Pulau Bidong merupakan sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia yang terletak 45 kilometer di luar pantai bandar Terengganu dan Merang di Laut China Selatan.

Pada 8 Ogos 1978, Pulau Bidong telah dijadikan sebagai tapak peralihan pelarian perang oleh kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dengan penempatan 121 orang pelarian Vietnam pertama.

Isu Pelarian Rohingya Jangan Sampai Tragedi Pulau Bidong, Terengganu Berulang
Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Bermula itu sehingga 1991, Pulau Bidong menjadi penempatan pelindungan bagi pelarian bot yang melarikan diri daripada pemerintahan komunis dari Vietnam.

Menurut penceritaan tulisan Mohd Faizal Zulkifly, menerima pelarian Rohingya mungkin akan menyebabkan tragedi di pulau berkenaan berulang di Malaysia.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10213788848863516&set=a.2611041723396&type=3&__tn__=-R

Untuk pengetahuan anda, Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 untuk melindungi pelarian secara tetap bagi menjamin kedaulatan negara namun tetap mengizinkan mana-mana pelarian untuk transit di Malaysia sebelum dihantar ke negara ketiga.

Keputusan menerima pelarian Vietnam menyaksikan kerajaan Terengganu terpaksa mengisytiharkan Pulau Bidong, satu lokasi tidak berpenghuni sebagai pusat penempatan pelarian tersebut.

Merupakan satu keputusan yang diambil sebagai pilihan kemanusiaan, keputusan itu akhirnya membawa kepada konflik baharu iaitu perjuangan hak oleh penduduk tempatan dan nelayan di sekitar Pulau Bidong yang mahukan kawasan tersebut menjadi kawasan bebas kepada nelayan.

BACA: Bagai ‘Kaduk Naik Junjung’, Etnik Rohingya Kini Tuntut Hak Sama Rata Kerakyatan Dan Pendidikan

Menjadi lubuk sotong dan kawasan tangkapan ikan Zon B untuk nelayan pukat jerut dan pukat tunda, keputusan kerajaan yang mengisytihar kawasan berkenaan sebagai kawasan keselamatan telah memberikan halangan kepada nelayan untuk menangkap ikan berhampiran Pulau Bidong.

https://www.facebook.com/mohdfaizalzulkifly/posts/10222308464728588

Mana-mana nelayan yang menghampiri akan dihalau Pasukan Petugas Pendatang Haram Vietnam (VII) kerana dikatakan menceroboh kawasan larangan walaupun ketika itu nelayan hanya mahu berteduh daripada ribut menyebabkan mereka terpaksa meredah laut bergelora untuk berteduh di pulau terdekat iaitu Pulau Cendering.

Menyebabkan kerugian sekitar RM2 juta setahun pada nelayan, pada Februari 1989 kemarahan penduduk tempatan dan nelayan memuncak apabila Persatuan Nelayan Terengganu (PENENTU) bercadang untuk menuntut ganti rugi RM36 juta daripada UNHCR atasa alasan pendapatan 3,000 orang nelayan terjejas akibat daripada penempatan tersebut.

Isu Pelarian Rohingya Jangan Sampai Tragedi Pulau Bidong, Terengganu Berulang 1
Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Konflik berlaku antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang kemudiannya disusuli dengan memorandum kerajaan negeri yang meminta agar Pulau Bidong tidak dijadikan sebagai penempatan pelarian Vietnam pada 16 Disember 1988 yang berakhir pada 30 November 1991 selepas kerajaan mengumumkan Pulau Bidong ditutup daripada menjadi pusat penempatan sementara.

Upacara penyerahan yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba kepada Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad membawa kepada pembebasan Pulau Bidong daripada ‘dijajah’ rakyat asing .

Walaupun kerajaan Malaysia telah menempatkan pelarian selama lebh 12 tahun, pelaran ini membalas jasa baik kerajaan dengan demonstrasi berdarah pada awal 1990-an yang bermula selepas berita Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar kesemua yang berada di situ ke negara ketiga.

Isu Pelarian Rohingya Jangan Sampai Tragedi Pulau Bidong, Terengganu Berulang 2
Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Enggan melalui proses saringan sebelum layak dihantar menyebabkan baki 16,000 daripada 252,390 telah melakukan tunjuk perasaan selama seminggu sehingga mencederakan diri sendiri tidak disangka berikutan keputusan PBB tidak dimaklumkan lebih awal kepada pasukan khas.

Demonstrasi itu kemudiannya berakhir dengan aman selepas beberapa sesi perundingan dan kesemua penghuni Pulau Bidong ditempatkan di kem Sungai Besi sementara.

Tapi lain pula yang berlaku di sana.

https://www.facebook.com/faktabelakamalaysia/posts/651203415436401