Selepas Pecat Menteri Kesihatan, Presiden Brazil Turut Sama Berdemonstrasi Tolak Perintah #StayAtHome 1

Selepas Pecat Menteri Kesihatan, Presiden Brazil Turun Berdemonstrasi Tolak Perintah #StayAtHome

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas pecat Menteri Kesihatan, Presiden Brazil turun padang sertai demonstrasi bantah perintah #StayAtHome.

Jika sebelum ini dilaporkan ribuan rakyat Amerika mengadakan tunjuk perasaan berdemonstrasi memprotes perintah kuarantin dilaksanakan, kali ini hal yang sama berlaku di Brazil.

BACA: Ribuan Rakyat Amerika Adakan Tunjuk Perasaan Protes Perintah Kuarantin Di Rumah

Ramai yang memprotes perintah untuk kekal #StayAtHome kerana merasakan perintah berkenaan akan memberikan kesan negatif kepada ekonomi dan pendapatan negara.

Di Brazil, bukan setakat rakyat marhaen sahaja yang berdemonstrasi membantah perintah ini, tetapi Presiden Brazil, Jair Bolsonaro turut sama turun padang berdemonstrasi menentang arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan tempatan bagi mengawal penularan COVID-19.

Menghimpunkan lebih 600 rakyat, himpunan tersebut terpaksa dileraikan dengan campur tangan pihak tentera.

Bolsonaro sebelum ini mengkritik keras tindakan separa kuarantin yang diambil oleh gabenor negeri termasuklah di kawasan paling ramai penduduk iaitu Sao Paulo dan Rio de Janairo bagi menghentikan penularan jangkitan wabak pandemik berkenaan.

Malah pada hari Jumaat lalu, beliau telah memecat Menteri Kesihatan Brazil, Luiz Henrique Mandetta selepas tidak mendapat persetujuan dalam mencari penyelesaian pengawalan wabak COVID-19 di Brazil.

Selepas Pecat Menteri Kesihatan, Presiden Brazil Turut Sama Berdemonstrasi Tolak Perintah #StayAtHome
Sumber: Foreign Policy

Setakat hari ini, kes positif COVID-19 yang sudah menular di 210 negara dan dua kapal persiaran antarabangsa telah mencatatkan jumlah melebih 2.4 juta dengan angka kematian sudah melebihi 165,093 orang.

Brazil menduduki tangga ke-11 dengan catatan kes sebanyak 38,654. Manakala kes kematian yang dicatatkan adalah sebanyak 2,462 kes, kes sembuh sebanyak 22,130 dan 6,634 berada dalam keadaan kritikal.

BACA: Sikap Acuh Tak Acuh Rakyat Itali Punca Wabak Covid-19 Merebak Pantas

Sekiranya penduduk Brazil masih berdegil, negara berkenaan tidak mustahil akan mengikut jejak langkah Itali yang kini berada di kedudukan ketiga mencatatkan kes paling tinggi dan kedua dalam mencatatkan kes kematian paling tinggi di dunia.