Menteri Langgar PKP

Pemimpin Pun Tak Terlepas, Ini Tindakan Negara Luar Terhadap Menteri Langgar PKP

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menteri langgar PKP tidak dikenakan tindakankah?

Terdahulu, tular di media sosial gambar-gambar individu berjawatan tinggi berkumpul beramai-ramai menghadiri jamuan di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong.

Ketua Polis Perak, Razarudin Husain dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati individu berjawatan tinggi sebelum itu meninjau kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan di Lenggong atas kapasitinya sebagai timbalan menteri kesihatan.

Pada Ahad, menteri berkenaan telah memohon maaf atas tindakannya dan menjelaskan keadaan sebenar.

Laporan hari ini mengatakan siasatan ke atas timbalan menteri kesihatan yang didakwa melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) dijangka siap, menurut Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador.

“Siasatan sedang aktif dijalankan dan (kertas siasatan) dijangka siap hari ini. Semua kes yang tular seperti ini pasti akan disiasat dan diambil tindakan,” katanya kepada Bernama.

Dari pandangan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sesiapa sahaja, termasuk VIP atau orang kenamaan yang melanggar PKP tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada polis untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan ke atas individu kenamaan yang ingkar PKP.

Menteri Langgar PKP

Jika beliau didapati bersalah, apakah tindakan yang dikenakan? Ia menjadi persoalan kepada rakyat kerana lebih banyak individu dari golongan biasa dilapor dikenakan tindakan berbanding yang berjawatan tinggi.

Bagaimana menteri negara lain menangani insiden seperti ini?

New Zealand

Menteri Kesihatan New Zealand, Dr David Clark menawar diri untuk meletak jawatan setelah mengaku melanggar perintah kawalan pergerakan ketika ia dikuatkuasakan di negara itu.

Dr Clark berkata demikian selepas didedahkan beliau melakukan perjalanan sejauh 20 kilometer ke pantai bersama keluarganya. Menyifatkan dirinya sebagai “bodoh” dengan tindakan itu, Clark mengaku sebagai Menteri Kesihatan, beliau sewajarnya menjadi contoh kepada seluruh warga New Zealand.

Namun, Perdama Menteri Jacinda Ardern memilih untuk menurunkan pangkat Dr Clark ke tahap terendah dalam turutan Kabinet dan menarik balik portfolio Kewangan Bersekutunya.

United Kingdom

Setiausaha Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Robert Jenrick didesak menjelaskan tindakannya memandu sejauh 40 kilometer ke rumah ibu bapanya ketika PKP dilaksanakan di seluruh negara tersebut.

Sebelum itu, Jenrick sering mengeluarkan kenyataan agar rakyat mematuhi arahan duduk di rumah dan penjarakan sosial.

Afrika Selatan

Menteri Komunikasi Afrika Selatan, Stella Ndabeni-Abrahams digantung tugas selama dua bulan apabila gambarnya sedang makan malam bersama rakan-rakan tular.

Tindakannya itu telah melanggar arahan PKP di negara tersebut.

Scotland

Pengarah Kesihatan Scotland, Catherine Calderwood meletak jawatan selepas didapati melanggar PKP apabila melawar rumah keduanya sebanyak dua kali. Rumah keduanya itu sejauh 44 batu dari rumahnya di Edinburgh.

Pemerintah di Westminster dan Scotland telah memerintahkan orang ramai untuk tidak melakukan perjalanan ke rumah kedua ketika PKP dilaksana.

Bagaimana dengan Malaysia?