10 April Penentu PKP Disambung

Perintah Kawalan Pergerakan SAH Dilanjutkan Lagi Sehingga 12 Mei

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media sebentar tadi mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan lagi selama dua minggu sehingga 12 Mei hadapan.

BACA: Walaupun PKP Tamat, Malaysia Masih Perlu ‘Berperang’ Hingga Tahun 2021

Mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam yang akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan bermula esok, beliau sempat mengucapkan penghargaan kepada Malaysia yang berjaya melengkungkan graf jangkitan COVID-19.

Untuk pengetahuan anda, graf jangkitan COVID-19 di Malaysia berjaya dilengkungkan dan kadar peningkatan kes sembuh juga semakin tinggi dilaporkan.

Muhyiddin Yasin

Turut memberikan kelonggaran perintah kawalan kepada mahasiswa yang terkandas di kampus, kebenaran diberikan kepada lebih 100,000 pelajar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing dengan menggunakan kaedah dan cara yang teratur bagi memastikan jangkitan COVID-19 tidak meningkat.

Terdahulu Malaysia kini bakal memasuki fasa keempat PKP pada 29 April ini selepas mula melaksanakannya pada 18 Mac lalu dan disambung lagi. Dijangkakan bakal bersambung sehingga dua bulan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri, sambutan tahun ini agak berbeza daripada sambutan tahun-tahun sebelumnya.

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jka anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.