Tular Beri ‘Tip Balik KL’, Lelaki Ini Dedah Hanya Bergurau 4

Tular Beri ‘Tip Balik KL’, Lelaki Ini Dedah Hanya Bergurau

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular beri ‘tip balik KL’, lelaki ini teruk dikecam netizen.

Semalam, tular satu keping gambar dengan kapsyen yang mengundang kemarahan orang ramai semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

BACA: Jalan Raya Masih Sesak, KPN Tak Tolak Kemungkinan PKP Akan Dilanjutkan Sehingga Jun

Kapsyen yang mengandungi ‘tip balik KL’ itu seakan bangga berjaya melepasi sekatan jalan raya selepas menipu dengan mengatakan mahu membawa anak ke klinik.

Tular Beri ‘Tip Balik KL’, Lelaki Ini Dedah Hanya Bergurau 1

Tiada siapa yang mampu terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang, Menteri (Kanan) Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu keluarga berkenaan telah dikenal pasti dan bakal dikenakan tindakan.

Dikecam netizen kerana mempamerkan kebodohan di media sosial, lelaki berkenaan tampil memberikan penjelasan kepada gambar yang tular.

Tular beri ‘tip balik KL’, beliau mohon maaf.

Mendakwa dirinya hanya bergurau, melalui satu hantaran di Facebook, beliau telah tampil memohon maaf kerana tidak berniat untuk memperlekehkan tanggungjawab dan tugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), petugas barisan hadapan dan seluruh tenaga kerja yang bertungkus-lumus menyelamatkan dan melindungi rakyat Malaysia.

Tular Beri ‘Tip Balik KL’, Lelaki Ini Dedah Hanya Bergurau

Hanya membawa anak dan isteri ke klinik bagi pemeriksaan bulanan dan imunisasi, beliau turut menjelaskan bahawa radius klinik berkenaan masih berada dalam jarak 10km seperti yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Kerajaan menetapkan rakyat Malaysia hanya boleh bergerak dalam radius 10km dari kediaman masing-masing mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan disarankan untuk membawa bil sebagai bukti perjalanan.