Pakar Bidas Kenyataan Doktor Bahawa Kentut Boleh Sebar COVID-19

Pakar Bidas Dakwaan Doktor Bahawa Kentut Boleh Sebar Virus COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pakar bidas kenyataan doktor bahawa kentut boleh menyebarkan COVID-19.

Dua hari lalu, The Sun UK melaporkan seorang doktor telah mengeluarkan kenyataan bahawa wabak COVID-19 boleh tersebar melalui kentut.

BACA: Pad Arang Bantu Anda Tapis Bau Kentut ‘Telur Tembelang’

Memberi amaran bahawa kentut boleh menyebarkan bakteria kerana mempunyai zarah kotoran, kenyataan doktor Andy Tagg mungkin mengambil kira pada penemuan virus pada najis 55% pesakit COVID-19dalam satu kajian awal tahun ini.

Pakar bidas kenyataan Tagg.

Tidak berapa bersetuju dengan kenyataan Tagg, pakar memberitahu kemungkinan untuk dijangkiti COVID-19 adalah sangat kecil berbanding jangkitan melalui droplets spread seperti batuk, bersih atau pun bersentuhan.

Menggesa orang ramai untuk mengamalkan penjagaan kesihatan termasuklah penjagaan tandas, kenyataan Tagg juga turut dibidas oleh pihak Public Health Malaysia.

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2605828913040298

Ini kerana menurut Pusat Kawalan Penyakit Beijing, selagi semua individu memakai seluar tiada keperluan untuk bimbang dijangkiti COVID-19.

Jangkitan hanya akan berlaku sekiranya individu tersebut menghidu kentut dalam jarak yang dekat dan gas dibebaskan dalam kuantiti yang banyak serta tidak memakai seluar.

 

Pertandingan Kentut India
Sumber: NZ Herald

Dengan mengamalkan jarak sosial melebihi satu meter, tiada masalah mengenai jangkitan boleh berlaku kepada individu lain.

Terdahulu, pakar daripada  Hospital Renminbi Universiti Wuhan dan Institut Virologi Akademi Sains China Wuhan menemui bahawa wabak COVID-19 boleh merebak daripada manusia ke manusia yang lain melalui sistem pencernaan.

Sumber: The Sun UK