Ini Yang Akan Berlaku Di Korea Utara Sekiranya Kim Jong-un Dilaporkan Meninggal

Ini Yang Akan Berlaku Di Korea Utara Sekiranya Kim Jong-un Dilaporkan Meninggal Dunia

Sekiranya Kim Jong-un meninggal, ini yang akan berlaku.

Beberapa minggu ini, kes ‘kehilangan’ Kim Jong-un selepas menjalani pembedahan kardiovaskular hangat diperkatakan di media sosial.

Kali terakhir muncul di media Korea Utara pada 11 April lalu, Kim Jong-un yang terkenal dengan kepimpinan diktator dikatakan sudah meninggal dunia.

Berita ini kemudiannya dinafikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengakui mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Korea Utara itu.

BACA: Mengaku Jalin Hubungan Baik, Trump Nafi Dakwaan Pemimpin Korea Utara Sedang Kritikal

Ramai yang tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada Korea Utara sekiranya Kim ong-un dilaporkan meninggal dunia?

Ini Yang Akan Berlaku Di Korea Utara Sekiranya Kim Jong-un Dilaporkan Meningal 1
Sumber: Al Jazeera

Menurut media New York Post, Trump dikatakan sedang menyusun perancangan darurat apabila pemimpin Korea Utara itu benar-benar meninggal dunia. Ini kerana Trump menjangkakan kemungkinan untuk berlakunya krisis kemanusiaan berskala besar di sana adalah tinggi dan jutaan warga Korea Utara akan lari ke China akibat kelaparan.

Sekiranya Kim Jong-un meninggal, tempatnya bakal digantikan oleh adik perempuannya, Kim Yo-jong. Namun semua itu tidak akan bertahan lama kerana budaya patriaki yang kuat diamalkan dalam masyarakat Korea Utara.

Mengapa bukan abang Kim Jong-un iaitu Kim Jong-chol?

Walaupun Kim Jong-un memiliki seorang lagi abang tiri yang masih hidup iaitu Kim Jong-chol selepas Kim Jong-nam dibuang dari Korea Utara pada 2003 dan mati dibunuh di Malaysia pada 13 Februari 2017, Kim Jong-chol dilaporkan tidak berminat untuk memasuki dunia politik berbeza dengan Kim Yo-jong yang mempunyai reputasi dalam politik sejak dua tahun belakangan ini.

Ini Yang Akan Berlaku Di Korea Utara Sekiranya Kim Jong-un Dilaporkan Meningal
Sumber: Yahoo News Australia

Malah sebelum Kim Jong-un dilantik sebagai pewaris kepimpinan, beliau berada ‘setaraf’ dengan adiknya; sama-sama menerima publisiti dan promosi semasa ayahnya, Kim Jong-il memimpin.

Seorang Dekan di Universiti Korea, Nam Seung Hyun menjangkakan kepimpinan adiknya hanya mampu bertahan sekitar setahun lebih sebelum digulingkan oleh sstem kepimpinan kolektif seperti yang berlaku selepas kematian Stalin, pemimpin Kesatuan Soviet dan kematian Mao Zedong, Pengerusi Parti Komunis China pada satu ketika dahulu.

Pelbagai perubahan akan berlaku dalam proses keseimbangan kuasa dengan mengekalkan status quo keadaan antarabangsa di Asia Utara.

Sama seperti jangkaan Amerika Syarikat, China sendiri menjangkakan lebih tiga juta rakyat Korea Utara akan berpindah ke sempadan China untuk meneruskan kehidupan, dan bersiap sedia dengannya sama ada daripada segi bantuan bekalan makanan mahupun keselamatan bagi sebarang kemungkinan.

Nam turut menjangkakan sekiranya Kim Jong-un meninggal, dialog berskala penuh diperlukan antara pemimpin China dan Amerika Syarikat, begitu juga dengan Rusia dan Jepun yang akan ‘bergerak’ untuk meminimumkan kesan negatif situasi berkenaan di Semenanjung Korea.

Tidak dapat dinafikan jika ini yang akan berlaku, ketegangan ketenteraan di rantau berkenaan pastinya muncul.

Untuk pengetahuan anda, Kim Jong-un dianggap sebagai pewaris sah kepimpinan negara pada akhir 2010 dan selepas kematian bapanya beliau telah diumumkan sebagai Pewaris Agong.