Boleh Melancong Tahun 2023

Bila Sebenarnya Selamat Untuk Melancong? Mungkin Pada 2023 – Kajian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kemungkinan boleh melancong semula pada 2023.

Tidak dinafikan, salah satu industri yang sangat terkesan akibat pandemik COVID-19 ini ialah industri pelancongan.

Syarikat penerbangan yang biasanya sibuk kini mengalami impak yang sama sehingga mereka yang bekerja dalam sektor ini terpaksa dipotong gaji dan ada juga dibuang pekerjaan kerana kesan kelembapan ekonomi atau penutupan disebabkan wabak ini.

Tidak seperti isu global sebelum ini, seperti kemelesetan ekonomi pada tahun 2008, ketakutan adalah faktor dominan pada masa sekarang. Sektor pelancongan kini berubah dan melihat keadaaan ini, kajian menunjukkan ia mungkin tidak akan kembali pulih seperti sedia kala dalam masa tiga tahun.

Menurut pakar pelancongan global iaitu Atmosphere Research Group (ARG), garis masa pemulihan ini akan berlaku secara perlahan-lahan dalam tempoh 2 tahun selepas COVID-19 diisytiharkan sebagai terkawal.

Namun, ARG masih belum pasti apa yang akan menyebabkan proses pemulihan ini bermula, sama ada jika jangkitan dan lengkungan COVID-19 menjadi mendatar, ataupun kita berjaya menghasilkan vaksin dan cepat disalurkan di seluruh dunia.

Boleh Melancong Tahun 2023

Anggaran tempoh pemulihan

Kemungkinan pandemik COVID-19 secara umumnya diisytiharkan terkawal menjelang penghujung tahun 2020.

Untuk tempoh 6 hingga 9 bulan pertama selepas COVID-19 reda, ARG meramalkan bahawa kumpulan yang dilabelkan sebagai tiptoe traveller yang pertama mula meneroka semula dunia.

Golongan ini akan melakukan perjalanan melalui penerbangan mereka yang “lebih berpendidikan” dan terdiri daripada kumpulan berpendapatan tinggi. Mereka ini boleh dirujuk sebagai cabin fever escapees (gelisah sebab terperuk).

Kumpulan ini akan lebih tertumpu kepada perjalanan domestik tetapi juga diramalkan terlibat dalam perjalanan antarabangsa jarak jauh.

Sepanjang tempoh 8 hingga 16 bulan selepas COVID-19 berjaya dijinakkan iaitu melalui fasa pertengahan tahun 2022, ARG meramalkan akan berlaku satu gelombang yang digelarkan sebagai perintis.

Kumpulan ini akan dipimpin oleh mereka yang melakukan perjalanan perniagaan bersama-sama penumpang kerap (frequent flyer) peringkat pertengahan serta atasan dengan pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke atas.

Kumpulan ini diramalkan bakal membuat perjalanan antarabangsa berjarak sederhana.

Dari 12 hingga 18 bulan, mereka ini akan disertai oleh fast followers di mana industri penerbangan bakal memperlihatkan jumlah pengembara perniagaan yang hampir kembali normal bersama-sama dengan tempahan kabin premium untuk kelas perniagaan dan pertama yang semakin meningkat.

Menjelang penghujung tahun 2022, sebahagian besar daripada industri ini akan kembali seperti biasa, atau sekurang-kurangnya hampir sama seperti dahulu sebelum COVID-19 melanda.

16 hingga 24 bulan selepas wabak dianggap berjaya dikawal di seluruh dunia (jika COVID-19 berjaya dikawal menjelang penghujung 2020), barulah para pelancong dengan tujuan percutian akan membanjiri lapangan terbang di seluruh dunia yang mana industri ini mencapai 80% hingga 90% jumlah pelancong daripada sebelum virus melanda.

Namun begitu, ia tidak akan kembali pulih seperti biasa dengan serta-merta sebaliknya berlaku dengan perlahan dan berperingkat. Malah, saintis di Harvard mengunjurkan bagi mengatasi pandemik ini, pengulangan kepada amalan penjarakan sosial secara konsisten perlu dilakukan sehingga tahun 2022.

Sumber: Executive Traveller