Rakyat Singapura Yang Melancong Selepas 27 Mac Diminta Bayar Kos Perubatan Sekiranya Positif COVID-19

Rakyat Singapura Yang Melancong Selepas 27 Mac Diminta Bayar Kos Perubatan Sekiranya Positif COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Susulan daripada ke COVID-19 yang semakin meningkat, kerajaan Singapura telah mengambil langkah bahawa mana-mana rakyat Singapura yang ke luar negara selepas 27 Mac dan kemudiannya menunjukkan simptom-simptom menghidap COVID-19 selepas 14 hari pulang ke Singapura akan diminta untuk menanggung sendiri kos perubatan mereka.

BACA: Segelintir Pekerja Malaysia Tiada Tempat Berteduh, Tidur Di Stesen MRT Singapura

Tidak akan diberikan subsidi, rakyat Singapura berkenaan juga tidak boleh menuntut insurans daripada MediShield Life atau Integrated Shield Plans sama ada di hospital swasta mahu pun hospital kerajaan.

Langkah ini diambil bagi menangani ‘kedegilan’ lebih 1,000 orang rakyat yang masih mahu ke luar negara (data daripada Imigresen Singapura) walaupun sudah dinasihati kerajaan untuk menangguhkan perjalanan kerana penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Setakat hari ini, Singapura telah mencatatkan sekitar 2,532 dengan kadar kematian seramai lapan orang dan kes sembuh keseluruhan adalah seramai 560 orang.

Manakala dunia kini telah mencatatkan lebih 1.8 juta kes positif COVID-19 yang mana angka kematian kini sudah mencecah 111,293 orang di 210 negara dan dua buah kapal persiaran.

Terdahulu di Malaysia, kumpulan kluster kayangan mendapat kritikan ramai selepas tularnya maklumat mengenai keengganan mereka bekerjasama dengan petugas barisan hadapan dalam mengawal penularan COVID-19.

Rakyat Malaysia Dilarang ke Singapura

Turut mendapat perhatian penggiat seni tanah air, kumpulan monoloQue tampil menghasilkan sebuah lagu buat kluster ini yang bertajuk Tunjuk Aku Belas Kasihan bagi menyampaikan mesej agar golongan ini berhenti berangan dan menghormati petugas barisan yang banyak berkorban demi memerangi wabak COVID-19 di Malaysia.

Jengkel dengan keangkuhan sikap kluster kayangan ini, barisan hadapan telah meluahkan rindu kepada kluster tabligh yang lebih ‘membumi’ daripada kluster kayangan yang tanpa segan silu membangga diri berkongsi gambar melancong ke luar negara tanpa rasa bersalah di saat dunia sedang berperang dengan wabak pandemik ini.

Sumber: Today Singapore