IMG_20200412_203801_892

Makna Di Sebalik Etika Pemakaian PM Ketika Sidang Perutusan Yang Ramai Tak Perasan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Anda tahu apa makna di sebalik etka pemakaian Perdana Menteri semasa melakukan pengumuman?

Sepanjang musim COVID-19 melanda, ada tiga individu yang sentiasa dinanti kemunculannya di kaca televisyen mahu pun siaran secara langsung dalam talian iaitu perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengumuman kes harian COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham dan perutusan Menteri (Kanan) Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Karisma dan aura daripada ketiga-tiga figura ini sememangnya tidak lagi boleh dinafikan, terutamanya daripada Perdana Menteri yang ucapannya sentiasa ‘menenangkan’ rakyat Malaysia seperti seorang bapa.

Makna Etika Pemakaian Perdana Menteri Ketika Perutusan Khas Yang Ramai Tak Perasan 1

Tutur kata yang santai, namun masih lagi teratur dan tenang membuatkan rakyat Malaysia terasa seperti sangat dekat dengannya. Tidak dinafikan ini ditambah pula dengan imej yang ditonjolkan semasa menyampaikan perutusan.

Salah seorang perunding imej, Asnawi Yusof memuji kebijaksanaan beliau dalam pemilihan pemakaian yang secara tidak langsung sebenarnya memberikan kesan psikologi kepada orang sekeliling yang melihat dan mendengar.

Menurut Asnawi, dalam konsep berpakaian, pilihan warna, padanan corak, aksesori dan formaliti pakaian memainkan peranan penting.

https://www.facebook.com/cpicasnawi/posts/3122432427775647

Semasa mengumumkan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, Perdana Menteri kita telah memilih untuk tidak memakai blazer di kedua-dua sesi, manakala satu sesi beliau memilih kemeja putih tanpa corak bersama tali leher kelabu gelap bercorak minimal dan satu sesi lagi beliau memilih kemeja biru cair bersama tali leher biru medium bercorak titik halus.

BACA: Saya Dipilih Jadi PM Dalam Situasi Luar Biasa – Muhyiddin Yassin

Secara psikologinya, tanpa blazer memperlihatkan beliau lebih kelihatan suci dan jujur tanpa sebarang ‘maklumat tersembunyi’. Formaliti dikurangkan supaya beliau kelihatan dengan masyarakat, terutamanya golongan rakyat biasa.

Berbeza dengan perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang mana beliau mengenakan sut penuh lengkap dengan tag nama dan tali leher biru.

Walaupun menceritakan perihal yang penting dan serius, beliau masih menggunakan bahasa yang mudah difahami seperti analogi ‘Mak Cik Kiah’ semua golongan memandangkan pakej berkenaan memberikan fokus kepada golongan B40 dan M40.

Tetap menutup perutusannya dengan kata-kata menggambarkan apa yang beliau lakukan itu adalah tugasnya, Muhyiddin Yassin sentiasa menonjolkan diri sebagai seorang individu yang dipercayai masyarakat sehinggakan ada yang mula menggelarnya sebagai ‘Ayah’ dek kerana kewibawaan beliau dalam menyampaikan perutusan.

Sumber: Asnawi Yusof