Sistem Kasta Di India Burukkan Lagi Statistik Kematian Akibat Kebuluran 2

Sistem Kasta Di India Burukkan Lagi Statistik Kematian Akibat Kebuluran Pandemik COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sistem kasta pada umumnya dikaitkan dengan sistem Varna dalam agama Hindu walaupun pada hakikatnya tiada perkataan kasta dalam mana-mana kitab Hindu.

Sistem varna yang wujud dalam agama Hindu merupakan sitem pembahagian stratifikasi sesama manusia yang diamalkan oleh manusia yang menunjukkan bahawa masyarakat beragama Hindu atau Arya boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat.

Di saat dunia sedang berperang dengan wabak COVID-19, penduduk di India berdepan dengan satu lagi krisis akibat daripada perintah kerajaan yang mengeluarkan arahan total lockdown bermula 24 Mac hingga 3 Mei hadapan.

Pada awalnya, Perdana Menteri, Narendra Modi hanya menetapkan 21 hari sahaja untuk pelaksanaan perintah tersebut, namun terpaksa melanjutkannya ke 3 Mei bagi memastikan jangkitan penularan dapat dihapuskan.

Sistem Kasta Di India Burukkan Lagi Statistik Kematian Akibat Kebuluran
Sumber: NST

Sama seperti negara lain, India kehilangan sejumlah besar ekonomi negaranya, namun demi kemaslahatan negara, langkah ini perlu dilakukan.

Sebelum ini, penyelidik kesihatan telah memberikan amaran kepada India bahawa menjelang pertengahan Mei, berkemungkinan besar seramai lebih satu juta penduduk akan dijangkiti dengan COVID-19 sehingga mendorong Modi untuk menutup semua laluan perjalanan udara, kereta api, perniagaan dan sekolah.

BACA: Lebih 1 Juta Penduduk Dijangka Positif COVID-19, India Keluar Perintah ‘Total Lockdown’ 21 Hari

Trend peningkatan kes di India terutamanya di kawasan luar bandar yang memiliki infrastruktur yang terhad telah menimbulkan kebimbangan. Tambah lagi dengan pergolakan politik yang mendorong sekumpulan besar penentang Modi berkumpul bagi berdemonstrasi.

Bukan itu sahaja, India yang memang sudah terkenal dengan masalah kemiskinan penduduk menjadikan situasi semasa wabak pandemik ini berlangsung.

Keputusan Modi mengumumkan perintah total lockdown secara tergesa-gesa menjadikan berjuta-juta rakyat India hilang pekerjaan dalam sekelip mata kerana tidak lagi mampu mencari ‘makan’ di bandar dan pulang ke kampung halaman dalam tempoh empat jam sebelum ianya dikuatkuasakan.

Majoriti daripada pekerja di India hanya memperoleh pendapatan harian sekitar RM5 hingga RM13 sahaja dan jumlah berkenaan hanya mampu menampung keperluan harian tanpa adanya simpanan menjadikan krisis kemanusiaan di India menjadi lebih buruk.

Sistem kasta di India menambahkan lagi kesan negatif

Menurut laporan CNN, penduduk di sebuah perkampungan di India terpaksa berjalan kaki sejauh satu kilometer bagi mendapatkan bekalan ke kedai runcit. Namun tak semua yang pergi kembali dengan barangan keperluan.

Ini kerana kasta yang lebih dominan daripada mereka telah menguasai ‘perjalanan ekonomi’ menjadikan mereka tidak boleh mendapatkan bekalan keperluan seharian.

Walaupun perkampungan berkenaan sangat dekat dengan kilang pemprosesan susu, namun penduduk di situ memberitahu tidak pernah sekali pun merasa susu yang diproses di sana dan seringkali digelar sebagai ‘penyebar penyakit’ dan kotor.

Sistem Kasta Di India Burukkan Lagi Statistik Kematian Akibat Kebuluran 1
Sumber: Al Jazeera

Kerajaan India sebelum ini pernah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai lebih RM100 bilion untuk membantu 1.3 bilion rakyatnya yang terjejas. Namun sehingga ke hari ini, masih tiada lagi yang memperlihatkan bahawa bantuan berkenaan sampai kepada mereka yang memerlukan, dan ini yang dipersoalkan oleh aktivis di sana.

Setakat hari ini, India telah mencatatkan 12,370 kes dengan jumlah kematian sebanyak 422 orang dan 1,508 kesembuhan. Manakala kes aktif pula melebihi 10,440 kes.

Sumber: CNN, Al- Jazeera, Wikipedia