Pantau Tegas Operasi Kedai Gunting Rambut Bagi Elak Munculnya Kluster Baharu

Kluster Gunting Rambut Mungkin Muncul Jika Operasi Perkhidmatan Tak Dipantau Dengan Tegas

Kluster gunting rambut mungkin jadi kluster terbaharu jika tiada pemantauan tegas.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir 14 April ini akan disambung lagi sehingga 28 April ini.

BACA: Tempoh PKP Sah Dilanjutkan Dua Minggu Lagi Sehingga 28 April

Namun begitu, perintah perkhidmatan berkepentingan yang dibenarkan untuk menjalankan operasi sudah ditambah dengan syarat ketat.

Menteri (Kanan) Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali mendedahkan sektor yang dibenarkan untuk operasi dengan sesetengahnya menawarkan perkhidmatan terhad, antaranya ialah kedai gunting rambut, kedai cermin mata dan kedai dobi.

Menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat, operasi perkhidmatan gunting rambut antara yang menerima kritikan hebat daripada netizen. Bukan itu sahaja, malah kebenaran operasi ini turut mendapat perhatian portal Public Health.

Menggesa agar kerajaan menguatkuasakan kawalan ketat, kedai gunting rambut berisiko tinggi sebagai pusat perebakan jangkitan yang boleh menyebabkan munculnya kluster baharu iaitu kluster gunting rambut.

Pantau Tegas Operasi Kedai Gunting Rambut Bagi Elak Munculnya Kluster Baharu

Faktor risiko di sini agak tinggi kerana:

  1. Jarak rapat antara pelanggan dan tukang gunting rambut.
  2. Tempoh masa kontak rapat yang lama – melebihi 15 minit.
  3. Keadaan ruang kedai yang sempit dengan sistem pengudaraan terhad.

Bagi mencegah perebakan, ada beberapa langkah tegas yangboleh diambil oleh pihak berkuasa, terutamanya kepada tiga perkara iaitu pada tukang gunting rambut, premis perniagaan dan pelanggan.

1. Tukang gunting rambut

  • Pastikan tidak mempunyai sebarang gejala demam, batuk atau selsema
  • Menggunakan topeng muka
  • Membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh pelanggan
  • Menjaga kebersihan dan sanitasi premis
  • Dilarang vape dan merokok

2. Premis

  • Perlu lakukan pembersihan harian atau disinfeksi harian
  • Mempunyai ruang pengudaraan yang baik
  • Jaga jarak sosial – satu meter
  • Kawal kemasukan pelanggan
  • Ruang menunggu di luar dengan jarak sosial lebih satu meter antara satu sama lain
  • Rambut yang telah di gunting perlu dibersihkan
  • Larangan vape dan rokok

3. Pelanggan

  • Perlu disaring, pelanggan bergejala tidak dibenarkan masuk
  • Menggunakan penutup muka (terutama jika bergejala)
  • Membasuh tangan sebelum masuk dan duduk
  • Menjaga jarak sosial, jangan berebut, jangan berhimpit
  • Dilarang merokok dan vape

Menurut Public Health, langkah tegas ini perlu diambil dan masyarakat perlu bersiap sedia dengan budaya kehidupan baharu yang mengutamakan langkah pencegahan selagi vaksin COVID-19 ini tidak ditemui.

BACA: Hidup Tidak Akan Kembali Sediakala Selagi Vaksin COVID-19 Belum Ditemui – Saintis

Senarai penuh perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi:

1. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

2. Industri Mesin dan peralatan.

3. Industri Aeroangkasa.

4. Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan:
(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
(iii) Kerja-kerja terowong
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
(v) Kerja-kerja cerun
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
(xi) Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang bandar, juru-ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan.

5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan – (hanya terhad kepada: perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak dan gas; aktiviti aktviti R&D berkaitan COVID19; makmal-makmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja.

6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar – (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)

7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)

Sumber: Public Health, Astro Awani