10 April Penentu PKP Disambung

Kompaun RM1,000 Dikenakan Kepada Individu Ingkar PKP Bermula Hari Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kompaun RM1,00 kepada pesalah Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini.

Susulan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua, kuat kuasa undang-undang lebih tegas akan dikenakan kepada mereka yang ingkar dengan arahan kerajaan.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah memberitahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menguatkuasakan kompaun RM1,000 kepada mereka yang ingkar mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Akta 324).

BACA: Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, Anda Adalah Penjenayah Yang Boleh Didenda Dan Dipenjarakan

Bermula hari ini, kompaun berkenaan akan dikeluarkan kepada pesalah PKP mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan. Sekiranya pesalah enggan membayar kompaun berkenaan mereka boleh meminta untuk dibicarakan.

Senarai Perkhidmatan Penting Terbaharu Sepanjang Tempoh Pelaksanaan PKP Fasa Ke-2
Sumber: Bernama

25 Mac lalu, Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin telah mengumumkan PKP yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac lalu dilanjutkan sehingga 14 April ini bagi memastikan jangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia dapat diputuskan.

Merangkumi enam perkara iaitu:

  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara.
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalananrakyat Malaysia ke luar negara.
  3. Sekatan kemasukan semua pelancongdan pelawat asing ke dalam negara.
  4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.
  5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT).
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services).

Menurut pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkemungkinan besar akan dilanjutkan sehingga dua bulan apabila ada sesetengah rakyat masih lagi mengabaikan penjarakkan sosial serta tidak mengamalkan etika batuk dan bersih yang betul.

Tempoh perintah ini hanya akan tamat apabila kerajaan percaya jangkitan COVID-19 sudah dapat diputuskan daripada menular di Malaysia, dan selagi tahap peratusan kepatuhan rakyat masih rendah maka tidak mustahil ini akan dilanjutkan sehingga ke satu masa lagi, yang mana akan ditentukan pada Jumaat (10 April) ini.

Antara langkah kerajaan dalam memastikan kawasan awam bebas jangkitan adalah dengan melakukan Operasi Nyah Cemar yang melibatkan beberapa lokasi titik panas (Zon Merah dan Zon Jingga) dengan bantuan kerjasama daripada beberapa agensi seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal di seluruh negara.

Sumber: Harian Metro