
Wuhan, Bandar Bermula Wabak COVID-19 Akhirnya Dibuka Semula Setelah 76 Hari Berkurung
China pada hari ini telah membuka semula bandar Wuhan, tempat bermulanya penularan wabak COVID-19 yang telah membunuh puluhan ribu penduduk yang akhirnya menggoncang ekonomi global dan membuat kehidupan seharian seluruh dunia bergolak.
Selepas 76 hari menjalani perintah berkurung, akhirnya Wuhan bagaikan hidup semula. Ia selepas pintu masuk dan keluar bandar itu dibuka tepat 12 tengah malam Rabu waktu tempatan.
Bandar yang mempunyai 11 juta penduduk kini dibenarkan keluar masuk kediaman tanpa kelulusan rasmi selagi aplikasi yang diwajibkan ada untuk semua telefon pintar terpasang untuk menjejak pergerakan sekiranya mempunyai sebarang kontak rapat dengan individu yang positif COVID-19.
Di sepanjang Sungai Yangtze, penduduk Wuhan mula memenuhi jambatan untuk menyaksikan pertunjukan lampu.
Sistem pengangkutan di Wuhan beroperasi semula, sementara beratus-ratus orang menunggu kereta api dan penerbangan pertama untuk keluar dari bandar itu untuk kembali ke tempat kerja dan lain-lain.
Wuhan lifts lockdown for the first time since January 23 pic.twitter.com/qP1cyFpp4I
— ian bremmer (@ianbremmer) April 7, 2020
Penghujung kepada perintah berkurung selama 11 minggu itu disambut meriah penduduknnya dengan pertunjukan lampu.
Menurut media, Wuhan hanya melaporkan tiga kes baharu dalam tiga minggu lalu manakala tiada kematian dilaporkan di seluruh China semalam buat pertama kali sejak Januari.

Sepanjang perintah berkurung itu, penduduk Wuhan hanya dibenarkan keluar dari kediaman mereka untuk membeli makanan atau menghadiri tugas-tugas yang dianggap perlu.
Ada yang dibenarkan keluar dari bandar, tetapi hanya jika mereka mempunyai surat yang menunjukkan mereka bukan dalam kalangan berisiko kesihatan dan surat tunjuk sebab ke tempat yang mereka pergi.
Walaupun bagaimanapun, pihak berkuasa boleh menolak semula kebenaran yang diberikan mereka jika hilang setem, menghalang ribuan daripada kembali ke tempat kerja mereka di luar bandar.
Sementara itu, sebahagian penduduk di Hubei dibenarkan meninggalkan wilayah itu sejak tiga minggu yang lalu, selagi mereka dapat menunjukkan kesihatan yang baik.
Langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu dan mengurangkan akses memasuki kediaman orang lain akan tetap di jalankan di Wuhan. Menurut laporan, sumber sebenar penularan virus itu masih dalam kajian walaupun ia dikaitkan dengan pasar haiwan eksotik di sana.
Sumber: Time
Trending now



