Tandas Pintar Kesan Penyakit Dengan Sistem Pengecaman Dubur

Tandas Pintar Kesan Penyakit Dengan Sistem Pengecaman Dubur

Teknologi tandas pintar kesan penyakit semakin mendapat tempat dalam masyarakat.

Menawarkan pelbagai kelebihan unik, pengguna yang menggunakan khidmat tandas pintar ini terdiri daripada pelbagai fungsi antaranya pemanasan tempat duduk, penutup yang dibuka dan ditutup secara automatik, siri pelarasan tekanan semburan dan suhu air bidet serta banyak lagi.

Terbaharu, saintis di Universiti Stanford telah menghasilkan satu tandas pintar berdasarkan daripada peranan tabib raja China yang ditugaskan untuk menganalisa najis raja setiap hari.

Dilengkapi dengan kamera yang boleh menganalisa tabiat tandas pengguna, tandas pintar ini bukan sahaja dilengkapi dengan sistem algoritma yang mampu mengesan ketidaknormalan badan.

Tandas Pintar Kesan Penyakit Dengan Sistem Pengecaman Dubur 1
Sumber: Amazon

Sudah dibangunkan sejak 15 tahun lalu, sekiranya sebarang tabiat tidak normal dikesan, pengguna akan diberikan amaran melalui aplikasi yang dihubungkan.

Boleh dipasang pada tandas sedia ada, sistem ini dikatakan sama seperti sistem pancuran basuhan sedia ada.

Mampu mengecam dubur individu, data yang disimpan sistem ini tidak akan dicampur dengan data indovidu lain. Makanya pengguna tak perlu risau dengan percampuran data.

Di China, teknologi tandas pintar digunakan di tandas awam supaya pengguna tidak menggunakan tandas lebih dari 15 minit. Teknologi ini merupakan satu usaha China dalam menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk diimplementasikan dalam rutin harian setiap individu di sana.

BACA: China Perkenal Tandas Pintar, Tidak Boleh Guna Lebih Dari 15 Minit

Boleh merekod keberadaan pengguna dengan menggunakan pengesan infra-merah, sistem tandas pintar di China ini akan mengumpul maklumat seperti kualiti udara dan fungsi penjimatan air.

Bagi penduduk China dan Jepun, penggunaan tandas pintar adalah perkara biasa. Manakala di Amerika Syarikat pula, paip intelektual hanya akan terdapat di kediaman orang-orang berada.

Sumber: Amanz, Standford