12 Penjara Seluruh Negara Hasilkan Peralatan Perlindungan Diri Buat Petugas Kesihatan 1

Banduan Penjara Bantu Hasilkan Peralatan Perlindungan Diri Buat ‘Frontliners’

Banduan penjara bantu hasilkan pakaian perlindungan diri buat petugas barisan hadapan.

Sebanyak 12 buah penjara di seluruh Malaysia terbabit dalam menghasilkan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan bagi mengendalikan pesakit COVID-19.

Tindakan hasil inisiatif Jabatan Penjara ini adalah bertujuan bagi membantu meringankan beban kerajaan dalam menangani isu COVID-19.

Semua bengkel jahit penjara yang terlibat memberi keutamaan kepada pakaian perlindungan ini memandangkan keperluannya yang mendesak sekarang.

BACA: Hero Tak Didendang: Pengorbanan Individu Di Sebalik Wabak COVID-19 Di Malaysia

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berterima kasih kepada usaha keras yang ditunjukkan oleh penghuni penjara dalam membantu petugas kesihatan serta kerajaan dalam memerangi wabak ini.

Banduan Penjara Bantu Hasilkan Pakaian Perlindungan Diri Buat Petugas Barisan Hadapan

Mendapat sokongan daripada kerajaan negeri masing-masing daripada segi sumbangan bahan dan mengagihkan pakaian yang siap ke hospital yang memerlukan, kemahiran yang dipelajari di penjara membantu masyarakat membuang stigma kepada penghuni penjara.

Manakala dua agensi kerajaan di Tawau pula telah menjalankan kerjasama inter-agensi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menyediakan pakaian dalam usaha membantu menyumbang kepakaran kepada petugas barisan hadapan.

12 Penjara Seluruh Negara Hasilkan Peralatan Perlindungan Diri Buat Petugas Kesihatan 2
Sumber: Harian Metro

Setakat semalam, Malaysia telah mencatatkan 3,793 kes dengan jumlah kematian seramai 62 orang dan kes sembuh tertinggi (setakat ini) iaitu 236 kes membawa kepada kes sembuh keseluruhan adalah sebanyak 1,241.

Mengikut statistik pula, sebanyak 21 zon sudah diumumkan sebagai zon merah termasuklah kesemua di Kuala Lumpur, Putrajaya, Petaling Jaya, Hulu Lanat, Gombak, Klang dan lain-lain.

Kredibiliti petugas kesihatan yang diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham tidak lagi boleh disangkal apabila Dr Noor Hisha terpilih dalam menyertai saintis dunia bagi membanteras pandemik COVID-19 di kawasan kekurangan sumber seperti Afrika, Eropah Timur dan Amerika Latin.

BACA: Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Sertai Saintis Dunia Banteras Pandemik COVID-19

Pernah berkhidmat sebagai pakar bedah, Dr Noor Hisham merupakan salah seorang daripada 74 yang lain, yang terdiri daripada ahli fizik, saintis, penyumbang dana dan penggubal dasar yang dipilih daripada lebih 70 institusi dari 30 buah negara.

Bagi membantu rakyat dalam menghadapi situasi getir ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang berjumlah RM250 bilion bagi membantu segenap lapisan masyrakat Malaysia yang terjejas.

Sumber: Astro Awani