
Pikotaro Gubah Lagu ‘Pen-Pineapple-Apple-Pen’ Kepada Melodi Cuci Tangan
Buat penggemar makanan pedas, pastinya kafe ini perlu anda kunjungi. Setakat Samyang 3X Spicy dari Korea itu apalah sangat. Kalau Ayam Gepuk Pak Gembus mempamerkan makanan Melayu, apa kata kali ini anda cuba makanan Itali yang boleh dipesan tahap kepedasannya.
BACA: Penggemar Makanan Pedas Berisiko Jadi Pelupa – Kajian
Di Penang, BigBob Cafe cukup terkenal dengan hidangannya yang sedap-sedap belaka. Sudah membuka beberapa cawangan antaranya di Pauh Jaya, Bukit Mertajam dan Bertam, BigBob Cafe memang menjadi tumpuan kerana menu-menunya yang pelbagai dan sesuai dengan harganya.
Berkongsi pengalaman mencuba menu Spageti Aglio Olio 3X Pedas, Kimi Jamai memberitahu tahap pedas menu itu bukan biasa-biasa. Baru menyuap kali pertama, rasa pedas sudah menjalar di kawasan bibir, pipi dan lidah! Itu belum lagi nak habiskan satu pinggan, memang terseksa juga katanya.
Bukan hanya pedas semata, Spageti Aglio Olio ini memang terasalah seperti Spageti Aglio Olio. Walaupun pedas, kesedapan spageti ini sangat memuaskan sehingga menyebabkan anda tetap gigih mahu menghabiskannya.
Orang Malaysia memang suka cabar diri dengan makanan yang sedap tapi pedas kan?
Untuk pengetahuan anda juga, Spageti Aglio Olio ini merupakan menu signature di BigBob Cafe. Ada juga beberapa menu lain yang disediakan di sini, antaranya Asam Laksa Spaghettini, Fettucini dan menu-menu Asia lain.
Jadi kalau ke BigBob Cafe, jangan lupa untuk cuba hidangan ini. Yang suka pedas, apa kata kali ini cabar diri makan Spageti Aglio Olio 3X Pedas BigBob Cafe ini. Tahan ke tidak?
**Artikel ini adalah hasil sumbangan daripada pemilik Chasing The Sun, Kimi Jamai. Untuk ikuti blog CTS, anda bolehlah lawati laman Facebook mereka di SINI.
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B0_IQwuleBF/
Trending now



