Duit Hilang Dari Bank Ini Cara Penyelesaian Mudah Tanpa Perlu Ke Mahkamah Dan Zero Cost

Duit ‘Hilang’ Dari Bank? Ini Penyelesaian Mudah Tanpa Perlu Ke Mahkamah Dan ‘Zero Cost’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Duit ‘hilang’ dari bank? Apa nak buat?

Beberapa hari lalu, tular satu insiden yang membabitkan beberapa pengguna CIMB yang mendakwa telah kehilangan wang dari akaun mereka akibat transaksi yang tidak diketahui.

Telah menyebabkan pengguna yang lain turut panik, transaksi direct debit itu disifatkan sebagai meragukan menyebabkan sesetengah pengguna kehilangan antara RM10 hingga lebih RM3,000 dari akaun mereka.

Tampil memberikan penjelasan, CIMB memberikan jaminan kepada pelanggan-pelanggan yang terbabit bahawa transaksi-transaksi direct debit erupakan transaksi kad debit sah yang telah dibuat oleh pelanggan.

https://www.facebook.com/CIMBMalaysia/posts/3119963534705259

Sekiranya mengalami masalah ‘kehilangan’ duit secara tiba-tiba, apa yang boleh pengguna lakukan selain daripada merujuk kepada bank yang berkenaan?

Menurut Page Jumpa Kat Mahkamah, mereka yang mengalami kehilangan duit secara tiba-tiba boleh melaporkan kes kepada Ombudsman for Financial Services tanpa mengeluarkan sebarang kos.

Ombudsman for Financial Services merupakan satu organisasi yang boleh membantu menyelesaikan masalah pertikaian kewangan atau insurans tanpa perlu peguam.

Bukan sahaja itu, jika anda memiliki pertikaian mengenai polisi insurans atau takaful, mahu pun tuntutan pihak ketiga insurans akibat kemalangan, Ombudsman boleh membantu.

Duit Hilang Dari Bank Ini Cara Penyelesaian Mudah Tanpa Perlu Ke Mahkamah Dan Zero Cost 1
Sumber: Ombudsman for Financial Services

Dahulunya dikenali sebagai Financial Mediation Bureau (Biro Mediasi Kewangan), biro ini merupakan sebuah organisasi yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia yang diasaskan dengan tujuan menyelesaikan sebarag pertikaian di antara anda dengan pihak bank mahu pun syarikat insurans tanpa perlu ke mahkamah.

Bertindak sebagai orang tengah, Ombudsman merupakan pengantara di antara pengguna dengan institusi kewangan yang bertindak secara adil dan tidak berpihak.

Untuk mendaftarkan kes, anda boleh ke SINI bagi memuat turun borang pendaftaran dan melihat dokumen yang perlu dilampirkan sebagai sokongan permohonan.

Terdahulu, Page Jumpa Kat Mahkamah pernah berkongsikan cara ‘mengheret’ penghutang liat ke mahkamah dengan hanya hanya caj RM20.

BACA: Dengan Caj RM20, Anda Boleh Heret Penghutang ‘Liat’ Ke Mahkamah

Caranya bagaimana?

  1. Pergi ke Mahkamah Sivil, bayar RM20 untuk membuka fail tuntutan kecil. Beritahu tuntutan kepada siapa dan fakta penghutang.
  2. Mahkamah akan menghantar surat panggilan untuk pendengaran di hadapan hakim. Sekiranya defenden (penghutang) mengaku bersalah meminjam tetapi tidak membayar, mahkamah akan beri arahan untuk melakukan bayaran segera.
  3. Tempoh masa 30 hari diberi, dan jika penghutang masih tidak membayar, plaintif (pemberi hutang) boleh ke mahkamah semula dan kali ini hukuman lebih berat akan dikenakan; sama ada bayar on the spot atau waran tangkap akan dikeluarkan untuk ditahan.

Hanya tertakluk kepada pinjaman bawah RM5,000 sebelum memberi pinjam, jadilah pemberi yang bijak dengan membuat perjanjian secara hard copy.

Sumber: Jumpa Kat Mahkamah