Kes ke-1,580 Kluster Baharu

Giliran Kes Ke-1,580 Jadi Kemarahan Netizen, Pencetus Kluster Baharu Dan Punca Lima Kematian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setakat yang kita ketahui, rata-rata kes jangkitan COVID-19 yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sebagai gelombang kedua apabila bermulanya penyebaran dari kluster perhimpunan tabligh pada Mac lalu.

Pada pertengahan Mac, media sosial dibanjiri dengan keluhan netizen apabila mengetahui pesakit kes ke-136 yang merupakan seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Korea Selatan itu tidak mengkuarantinkan dirinya, malah menghadiri majlis ijtima’ di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 3 Mac telah menyebabkan penularan wabak berleluasa di seluruh Malaysia.

Kini, kes kluster baharu yang diumumkan Kementerian Kesihatan pada Ahad mendapati kluster baharu wabak COVID-19 di Sarawak, yang berpunca daripada rakyat Malaysia yang melancong ke Itali, sehingga meragut nyawa lima mangsa setakat ini.

Menurut kenyataan, kluster berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu, dikesan menjangkiti 37 kes lain termasuk lima kematian iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006; ke-2,850 dan ke-2,210 serta seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam unit rawatan rapi (ICU).

Kes ke-1,580 Kluster Baharu

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan kluster berpunca ‘kes import’ yang sebelum ini dibimbangi bakal mencetuskan gelombang baharu itu, kini membabitkan jangkitan sehingga generasi ketiga.

Difahamkan, pesakit kes ke-1,580 merupakan seorang pekerja RHB Bank yang pulang dari Itali tetapi tidak mengkuarantinkan dirinya, hadir ke tempat kerja walaupun diminta untuk kuarantin selama 14 hari.

Mungkin beliau menganggap dirinya tidak mempunyai apa-apa gejala berkaitan COVID-19 dan datang bekerja seperti biasa dan telah menjangkiti rakan sekerja dan akhirnya telah menyebabkan peningkatan kes wabak ini di Sarawak.

Kes ke-1,580 Kluster Baharu

Ia juga menyebabkan keluarga tidak bersalah difitnah dan dicemuh penduduk kerana dikatakan menjadi punca wabak itu berleluasa.

Melihat pada itu, kes ini lebih kurang sama dengan kes kluster perhimpunan majlis ijtima’ tabligh tempoh hari.

Rentetan kluster kes import sedemikian, Dr Noor Hisham menegaskan supaya masyarakat memberikan maklumat secara jujur sekiranya mempunyai sejarah kontak rapat kes positif COVID-19.

Selain itu, katanya, maklumat berkaitan perjalanan ke luar negara atau pernah terbabit dalam sebarang perhimpunan yang diumumkan kementerian sebagai berkait rapat dengan jangkitan COVID-19, tidak wajar disembunyikan daripada petugas kesihatan.

Menyahut saranan KKM, kami harap mereka yang pulang dari luar negara sepanjang musim wabak ini perlulah kuarantin diri selama 14 hari walaupun ANDA TIDAK MENUNJUKKAN SEBARANG GEJALA kerana ia lebih parah berbanding yang bergejala.

Sumber: BH