Kenali Mazril Mazlan, Individu Yang Mulakan Petisyen Keluarkan Vivy Daripada Lembaga Pengarah UiTM 2

Kenali Mazril Mazlan, Individu Yang Mulakan Petisyen Keluarkan Vivy Daripada Lembaga Pengarah UiTM

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kenali Mazril Mazlan, individu yang memulakan petisyen keluarkan Vivy Yusof daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Sejak minggu lalu, hangat isu berkenaan pengasas FashionValet diperkatakan di ruangan media sosial.

Hanya kerana dakwaan kenyataan ‘menghina’ golongan B40 dan M40, Vivy Yusof teruk dihentam netizen yang kecil hati dengan kenyataannya.

BACA: Petisyen Keluarkan Vivy Dari Jawatan Lembaga Pengarah UiTM Raih Lebih 230,000 Tanda Tangan

Disebabkan itu juga, satu petisyen telah dimulakan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Mazril Mazlan meminta agar beliau dikeluarkan daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diterima pada akhir Mei tahun lalu.

Petisyen Keluarkan Vivy Daripada Ahli Lembaga Pengarah UiTM Raih Lebih 230,000 Tanda Tangan Dalam Masa 3 Hari

Menerima tanda tangan lebih 230,000 dalam tempoh masa tiga hari, Mazril Mazlan dalam satu kemas kini terbaharu memaklumkan bahawa objektif petisyen supaya Menteri Pendidikan, Dato’ Dr Nooraini Ahmad maklum berkenaan hal tersebut sudah pun dicapai.

Untuk pengetahuan anda, individu yang memulakan petisyen berkenaan bukanlah calang-calang orang.

Siapa Mazril Mazlan?

Mazril Mazlan atau lebih dikenali dengan nama Didi Mazril Mazlan merupakan salah seorang alumni UiTM. Menerima pengiktirafan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi Media, beliau bukanlah calang-calang orang yang membuta tuli memulakan petisyen berkenaan.

Merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) akibat kerosakan saraf berikutan sakit kerosakan buah pinggang tahap akhir dan pesakit pencen ilat, satu pemberian pencen kepada:

  • Dibayar kepada pekerja yang layak dan disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan.
  • Dibayar bermula dari tarikh Notis Keilatannya diterima atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan.
  • Dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia.
  • Digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima Pencen llat tanpa mengira umurnya.

Mempunyai kepakaran dalam bidang sosial media, sebelum berpencen sejak 2019, beliau pernah berkhidmat dengan satu organisasi politik negara.

Kenali Mazril Mazlan, Individu Yang Mulakan Petisyen Keluarkan Vivy Daripada Lembaga Pengarah UiTM
Sumber: FB Mazril Mazlan

Memerlukan kerusi roda untuk bergerak, beliau merupakan seorang OKU bersijil. Sangat mencintai isu pendidikan dan masyrakat, Mazril kadangkala menjadi seorang individu yang lantang bersuara atas dasar prinsip yang dipegang.

Merasakan apa yang Vivy suarakan menyentuh kedua-dua isu yang beliau cintai iaitu selaku seorang yang memegang jawatan dalam satu institusi pendidikan dan menyentuh berkenaan bantuan yang diterima oleh golongan B40 dan M40.

Meminta agar sumbangan kedua golongan ini tidak diperkecilkan, beliau merasakan kenyataan Vivy tidak ‘melambangkan’ UiTM yang terkenal sebagai sebuah institusi Melayu yang diwujudkan bagi golongan B40 untuk mendapatkan pendidikan dan menghasilkan M40 dan T20 yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Sumber: Mazril Mazlan