Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Sertai Saintis Dunia Banteras Pandemik COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Sertai Saintis Dunia Banteras Pandemik COVID-19

Kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia tidak boleh disangkal lagi.

Merupakan salah seorang yang terlibat untuk Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah dipanggil bagi menyertai gabungan saintis dunia dalam usaha menentang pandemik COVID-19 di kawasan yang kekurangan sumber.

BACA: Hero Tak Didendang: Pengorbanan Individu Di Sebalik Wabak COVID-19 Di Malaysia

Kumpulan yang terdiri daripada 74 individu iaitu ahli fizik, saintis, penyumbang dana danpenggubal dasar daripada lebih 70 institusi dari 30 buah negara meletakkan sepenuh komitmen dalam mencari penyelesaian keluar dari wabak berkenaan di kawasan yang kekurangan sumber.

Bertumpu kepada lokasi berkenaan, penularan wabak COVID-19 dapat melumpuhkan sistem kesihatan yang rapuh dan menyebabkan kesihatan penduduk lebih terdedah kepada risiko.

covid-19

Antara nama besar lain yang turut menyertai adalah Profesor Universiti Kolokotrones dari Kesihatan Dunia dan Perubatan Sosial di Universiti Perubatan Harvard, Amerika Syarikat, Paul Farmer; Ketua Pengarah Institut Pasteur, Perancis, Stewart Cole dan Saintis Kanan di University of Oxford, Philippe J Guerin.

Kerjasama 74 individu ini penting dalam usaha menyokong negara kekurangan sumber seperti Afrika, Amerika Latin, Eropah Timur dan beberapa negara Asia yang lain.

Dalam satu jurnal antarabangsa, sebanyak 600 percubaan klinikal COVID-19 sudah dilakukan, namun percubaan yang dirancang dalam keadaan kekurangan sumber adalah terlalu sikit.

Pernah berkhidmat sebagai pakar bedah, Dr Noor Hisham memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2013 lagi. Merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia, beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008, Dr Noor Hisham pernah berkhidmat di Hospital Putrajaya sebagai pakar bedah kanan dan pakar bedah endokrin.

Menyertai pegawai perubatan pada Ogos 1998, beliau menjadi pakar dalam pembedahan endokrin dan melakukan latihan di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney, Asutralia.

Menulis banyak jurnal dan bab teks dalam bahagian pembedahan endokrin, kepakaran beliau adalah dalam kanser endokrin payu dara.

Menerima darjah kebesaran diraja Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk pada 2007, Dr Noor Hisham turut menerima darjah kebesaran daripada Pulau Pinang (2013 -Dato’), Pahang (Dato’ Sri – 2013), Perlis (Dato’ Seri – 2013 dan Dato’ – 2010).

Sumber: Harian Metro, Wikipedia