
Pakai Topeng Muka, Virus COVID-19 Boleh Tersebar Hanya Dengan Berbual – Saintis
Pakai topeng muka atau pun tidak?
Jika dahulunya penggunaan topeng muka disarankan hanya pada mereka yang tidak sihat, kali ini berlainan pula halnya.
Seorang saintis Amerika Syarikat memberitahu, virus COVID-19 ini berkemungkinan besar boleh tersebar menerusi udara hanya dengan pernafasan biasa mahu pun pertuturan.
Anthony Fausi, Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit di Institusi Kesihatan Negara Amerika Syarikat menerangkan, penggunaan topeng muka kini diperlukan kerana virus berkenaan sebenarnya boleh disebarkan ketika berbual; konsep sama seperti batuk dan bersin.
Kenyataan ini dibuat selepas Akademi Sains Negara, Amerika Syarikat menjalankan kajian baharu berkaitan subjek tersebut. Walaupun penyelidikan tersebut masih belum konklusif, hasil kajian yang ada konsisten menunjukkan aerolisasi virus daripada pernafasan normal.
Sehingga kini, agensi kesihatan Amerika Syarikat mendedahkan saluran utama penyebaran adalah melalui titisan pernafasan, kira-kira satu milimeter diameter yang dikeluarkan oleh orang yang sakit ketika bersin atau batuk sebelum jatuh ke bawah.
Namun jika virus aerosol yang dihembus berkenaan ‘dihalang’, penyebaran ini dapat dicegah membawa kepada hujah bahawa semua orang perlu menutup muka mereka dengan menggunakan penutup muka.
Namun kenyataan ini sebelumnya telah menimbulkan beberapa perdebatan, antaranya benar atau tidak virus ini mampu bertahan di udara selama tiga jam.
BACA: Boleh Bertahan Hingga 9 Hari Jadi Punca Koronavirus Menular Dengan Cepat
Apa kat WHO pula mengenai pakai topeng muka?
Dalam kenyataan terbaharu, WHO memberitahu pemakaian topeng muka di tempat awam tidak akan menghalang individu yang sihat daripada dijangkiti namun boleh menghentikan individu positif daripada menjangkiti orang lain.
Topeng muka perubatan seharusnya diperuntukkan buat pekerja di barisan hadapan (frontliners) kerana mereka berdepan dengan risiko dijangkiti lebih tinggi.
Tidak menjadi mekanisme untuk orang ramai melanggar perintah penjarakkan sosial, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memilih untuk tidak memakai topeng muka dengan alasan ianya adalah satu pilihan secara sukarela dan bukannya mandatori.
Terdahulu, dalam menampung keperluan topeng muka di seluruh dunia, China telah membuka sebuah kilang menghasilkan topeng muka dalam masa seminggu.
Namun begitu, pihak berkuasa Belanda telah mengesahkan 600,000 topeng muka yang diimport dari China telah mengalami kerosakan kerana tidak memenuhi standard kualiti sehingga kesemua daripadanya terpaksa dipanggil balik.
Trending now



